Hutan simpan seluas satu ekar berhampiran FRIM Kepong terbakar

LocalEnvironment
8 Sep 2025 • 9:05 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 8 SEPT: Kawasan hutan simpan seluas satu ekar (0.4 hektar) berhampiran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong dekat sini terbakar petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran berkenaan pada 4.24 petang tadi.

Beliau berkata sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh kemudian dikerah ke lokasi kejadian dan tiba sembilan minit kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati terdapat kebakaran melibatkan hutan anggaran keluasan satu ekar, api sedang marak dan kerja-kerja pemadaman masih dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved