
SIPITANG: Sebanyak 15,000 hektar (ha) di kawasan hutan simpan di Sipitang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk penempatan kampung.
Pengerusi Qhazanah Bhd merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, berkata demikian pada pertemuan bersama Jabatan Perhutanan Sabah, Khamis, menambah kelulusan itu diperoleh baru-baru ini daripada Dewan Undangan Negeri Sabah.
Kawasan tersebut merupakan Hutan Simpan Kelas Dua yang sebelum ini berada di bawah konsesi Sabah Forest Industries.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Pertemuan itu bertujuan menyusun, menyelaras dan menyeragamkan urusan berkaitan kampung yang telah didiami penduduk setempat.
“Ini berita baik untuk rakyat. Jabatan Perhutanan bersetuju melepaskan tanah ini kepada peneroka, khususnya penduduk yang telah membuka dan mengusahakan tanah tersebut,” katanya.
Mesyuarat turut membincangkan pewartaan kawasan dari Long Pasia, Long Mio, Meligan, Iburu, Mendulong, Sulub, Pakiak, Kampung Klias Baru dan beberapa lokasi lain yang dianggap sesuai untuk dibuka.
Penduduk berharap keputusan ini menjadi kenyataan bagi memastikan mereka yang telah mengusahakan tanah tidak lagi berasa terancam atau bimbang diusir.
Dr Yusof berkata, ia hasrat Ketua Menteri untuk mendengar dan memenuhi keperluan penduduk luar bandar yang memerlukan tanah.
Turut hadir, Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Hutan, Azman Said; Pegawai Perhutanan Daerah Sipitang, Andrew Monis; Pegawai Perhutanan Wilayah Kota Kinabalu, Mohd Nasir Ag Suman; wakil Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Wendy Agung Baruh; dan Ketua Daerah, OKK Daut Kassim.


