“Hutang RM2K pun nak kecoh” – Wanita Derita Disantau Rakan Sebab Kerap Minta Bayar Hutang

Entertainment
4 Sep 2023 • 11:41 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hanya mahu menuntut hutang sebanyak RM2,000, seorang wanita menderita busung perut apabila didakwa disantau rakan sendiri.

Perkara itu didedahkan menerusi akaun TikTok Pusat Rawatan Islam Ar Syifa Al-Mustakim di Negeri Sembilan yang memaparkan kesakitan ditanggung wanita tersebut.

Menurut pengamal perubatan Islam, Ustaz Mohamad Hasnan Rili, wanita itu mula menyedari sesuatu yang buruk berlaku terhadap dirinya selepas mengalami masalah seluruh badan berbisa, kepala rasa meletup dan busung perut.

Katanya, wanita itu menuntut hutang daripada rakannya yang berjanji mahu bayar semula selepas tiga bulan tetapi dibalas dengan kata cacian.

Menerusi kapsyen dalam video itu, rakan wanita terbabit berang apabila diminta untuk melangsaikan hutang dengan mendakwa turut ‘sesak’ sedangkan jalani kehidupan dengan mewah.

Rakan wanita itu turut bertindak mengugut menghantar santau kepadanya sehingga mengeluarkan kata-kata yang begitu kejam.

“Dalam tempoh dua minggu ke sebulan selepas itu, pesakit mulai berasa sesuatu pada dirinya.

“Perut busung tu berlaku setiap hari selepas waktu Asar hinggalah ke Subuh. Kalau kembung dia berasa sesak nafas.

“Pada awalnya dia menyangka dirinya mengandung sebab perutnya keras dan besar. Namun, hanya pada waktu tertentu saja. Disebabkan itu, dia cuba mendapatkan rawatan,” katanya.

Jelas Ustaz Mohamad Hasnan, masalah terkena santau dan buatan orang agak mustahil untuk dirawat sekali melainkan dengan izin Allah SWT.

Biarlah orang kata kedekut, daripada menanggung derita di kemudian hari…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.