HYBE Disahkan Sogok Jenama-Jenama Terkenal, Dengan Niat NewJeans Dapat ‘Tiru’ Blackpink?

Music
26 Apr 2024 • 2:40 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

CEO ADOR, Min Hee jin telah mendedahkan bahawa tawaran jenama-jenama terkenal yang didapati kumpulan NewJeans telah dibayar oleh HYBE dengan tujuan untuk meniru dan bersaing dengan kumpulan wanita K-Pop terkenal, Blackpink.

Foto: People

Menerusi sidang akhbar, Hee Jin menunjukkan bukti bahawa HYBE secara tidak langsung menjadi ‘perancang’ dalam meningkatkan nama NewJeans bagi mengalahkan Blackpink.

Dalam pada itu, Hee Jin turut memberitahu bahawa HYBE cuba menghancurkan kerjaya Aespa dan Ive, kerana bimbang akan menganggu rancangannya untuk mengeluarkan kumpulan wanita baru.

image is not available

Foto: People

Perkara itu secara tidak langsung mengundang reaksi negatif dari pengguna media sosial berikutan tindakan tidak profesional pihak HYBE yang boleh dikatakan seolah-olah takut dengan syarikat lawannya.

Terdahulu, HYBE mengumumkan penyiasatan terhadap anak syarikatnya, ADOR yang menguruskan kumpulan gadis popular NewJeans, yang telah mengungguli carta global dalam usia yang masih muda.

HYBE mendakwa bahawa Hee Jin, yang mencipta kumpulan NewJeans, sedang berusaha untuk menguruskan kumpulan gadis itu secara bebas tanpa terikat dengan syarikatnya lagi.

Namun, Hee Jin pula membidas pernyataan tersebut dengan memberitahu ketegangan dengan HYBE bermula selepas dia tahu bahawa kumpulan gadis baru di bawah HYBE, ILLIT sebagai ‘klon’ NewJeans.

Sumber: X @DARKXSTAR99, X @jnktoowell