Hyun Bin Dan Son Ye Jin Dikurniakan Cahaya Mata Pertama, Selepas 5 Bulan Lebih Berkahwin 

28 Nov 2022 • 2:26 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pasangan selebriti Korea, Hyun Bin dan Son Ye Jin telah meraikan kelahiran cahaya mata pertama mereka semalam - Gambar Fail

Pasangan selebriti Korea, Hyun Bin dan Son Ye Jin telah meraikan kelahiran cahaya mata pertama iaitu bayi lelaki, semalam. 

Berita yang menggembirakan ini telah dikongsikan syarikat pengurusan Son Ye Jin iaitu MSteam Entertainment kepada umum. 

Pihak MSteam Entertainment turut memaklumkan bahawa Son Ye Jin dan bayinya berada dalam keadaan yang sihat. 

Sebelum ini, ada laporan mengatakan, Son Ye Jin dan Hyun Bin akan menerima kehadiran cahaya mata mereka itu pada bulan Disember tetapi mereka menerimanya lebih awal daripada tempoh yang dijangkakan.

image is not available
Pada 27 Jun, Son Ye Jin dilaporkan hamil dan kemudian melahirkan anak pertama mereka semalam - Gambar MSteam Entertainment

Hyun Bin dan Son Ye Jin mula menjalinkan hubungan cinta sewaktu mereka sama-sama membintangi filem The Negotiation pada 2018. 

Cinta lokasi mereka berterusan dalam drama bersiri seterusnya iaitu ‘Crash Landing on You’ pada 2019-2020. 

Pada 10 Februari yang lalu, pasangan pelakon ini telah mengumumkan pertunangan mereka menerusi akaun media sosial masing-masing dan kemudian berkahwin dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat pada 31 Mac. 

Pada 27 Jun, Son Ye Jin dilaporkan hamil dan kemudian melahirkan anak pertama mereka semalam.  – Getaran, 28 November 2022