Hyundai Elantra N TCR Edition Diperkenalkan – Gaya Sporty Yang Agresif Untuk Jalan Raya

LocalCars
20 Nov 2024 • 9:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sekiranya Hyundai Elantra N versi standard tidak cukup sporty, versi khas yang dikeluarkan kali ini pasti akan mencuri hati. Syarikat automotif Korea ini kini memberikan sentuhan lebih agresif yang melahirkan Hyundai Elantra N TCR Edition.

Sentuhan Rekaan yang Agresif & Sporty

image is not availableimage is not available

Mengambil inspirasi daripada kereta lumba yang digunakan dalam kejohanan TCR World Tour yang berlangsung di Grand Prix Macau, Hyundai Elantra N TCR Edition tampil dengan beberapa peningkatan rekaan, terutamanya dari segi aspek aerodinamik dan estetika termasuk spoiler belakang jenis leher angsa atau swan-neck yang memberikan kestabilan tambahan di bahagian belakang. Model ini turut diberikan pelekat atau decal eksklusif, TCR Edition untuk pasaran domestiknya di Korea Selatan.

image is not available

Selain itu, model ini turut diberikan rim tempaan berukuran 19 inci yang lebih ringan daripada rim standard, menjanjikan pengendalian lebih ‘tajam.’ Selain itu, sistem brek standard kini digantikan dengan angkup empat piston untuk pemanduan yang lebih meyakinkan.

image is not availableimage is not available

Begerak masuk ke bahagian dalam kabin, model ini diberikan stereng dalam balutan Alcantara dengan garis halus berwarna Performance Blue pada sudut atas stereng. Tali pinggang keledarnya juga diberikan warna kontra yang menyerlah, Performance Blue. Turut terdapat di ruang kabin ialah logo khas TCR Edition.

Prestasi Kekal Mantap

image is not available

TCR Edition mengekalkan trenkuasa model standard iaitu enjin 2.0 Liter Turbo yang menghasilkan 276 hp dan 392 Nm tork, atau sehingga 286 hp apabila fungsi N Grin Shift diaktifkan.

Sepertimana versi standard, edisi khas ini juga dijangka akan ditawarkan dalam pilihan transmisi manual enam kelajuan dan automatik lapan kelajuan DCT.

Pelancaran dan Ketersediaan

Elantra N TCR Edition dijadualkan untuk tiba di pasaran Korea Selatan pada Disember 2024, diikuti pelancaran global dalam tahun 2025 akan datang.

Namun, untuk pasaran Malaysia, peluang kemunculannya boleh dikatakan agak tipis. Buat masa ini, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hanya menawarkan Elantra versi standard tanpa logo dan ‘perisa sporty’ N.