Nothing Phone (2a) Plus Kini Hadir Dengan Versi Bercahaya Dalam Gelap

TechnologyDigital
31 Oct 2024 • 1:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nothing Phone (2a) Plus kini ditawarkan dalam versi cukup unik di mana panel belakangnya kini bercahaya dalam gelap. Ini adalah rekaan yang memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh Nothing bagi meraikan kreativiti ahli komuniti mereka.

image is not available

Nothing Phone (2a) Plus Community Edition ini adalah edisi terhad dengan corak grafik di belakang peranti kini bercahaya dalam warna hijau apabila di dalam keadaan gelap. Ia mendapat inspirasi daripada kelip-kelip yang menyala dalam gelap tanpa bantuan bateri. Kini Nothing Phone (2a) Plus Community Edition boleh menyalah dengan lampu Glyph dan juga secara semula jadi.

Pada waktu ini hanya 1000 Nothing Phone (2a) Plus Community Edition akan dijual di seluruh dunia. Di Malaysia pula hanya 25 unit akan ditawarkan menerusi laman edagang Crossover pada 16 November depan dengan harga jualan yang sama RM1999 (12/256GB). Maka jika anda ingin memiliki peranti ini anda harus melakukan pesanan dengan segera.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved