Hyundai Ioniq 6 Diperlihatkan Dengan Rekaan Aerodinamik Futuristik

TechnologyDigitalCars
29 Jun 2022 • 11:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Hyundai Ioniq 6 telah diperlihatkan sebagai kereta elektrik berkuasa bateri (BEV) yang menggunakan platform E-GMP. Ini adalah platform BEV yang sama seperti yang digunakan pada Ioniq 5 yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia beberapa minggu yang lalu.

image is not available

Ioniq 6 menggunakan pelbagai elemen dari konsep Hyundai Prophecy EV yang diperlihatkan sebelum ini. Rekaan tubuh yang aerodinamik dengan pekali geseran udara 0.21 sahaja. Untuk mencapai tahap geseran udara yang rendah ini Hyundai menggunakan kamera dalam sayap kecil sebagai pengganti cermin sisi dan sistem adaptif yang mengalirkan udara secara automatik. Dalam kokpit dua skrin LCD sisi yang besar menjadi pengganti kepada cermin sisi.

image is not available

Kenderaan dilengkapi dwi-skrin sebesar 12″. Satu digunakan oleh pemandu untuk melihat maklumat pemanduan serta status kereta. Satu lagi digunakan untuk sistem hiburan kenderaan dengan skrin sesentuh. Bahagian kokpit dilengkapi sistem lampu LED yang boleh diubah warnanya sendiri oleh pengguna mengikut mood. Amat futuristik seperti filem neon siberpunk.

image is not available

Sistem lampu Parametric Pixels berkotak yang retro futuristik dari Ioniq 5 digunapakai sekali lagi pada lampu hadapan dan belakang. Kenderaan akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Julai dengan harga belum lagi diumumkan. Hyundai telahpun komited untuk memasuki arena kenderaan elektrik sepenuhnya dengan pembangun enjin bahan api fosil telah dihentikan sepenuhnya tahun lalu.

image is not available