“Salah tempat bro!” – Ramai Tak Setuju Lelaki Kongsi Berita Dah Kahwin Di Linkedln

Entertainment
20 Jun 2022 • 3:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi korang yang tengah mencari kerja ataupun yang dah lama dalam sesuatu bidang pekerjaan, mesti familiar dengan aplikasi LinkedIn ni kan?

update

profile

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang pengguna menggunakan platform LinkedIn untuk mengumumkan bahawa dirinya telah selamat berkahwin dan memulakan ‘jawatan baru’ sebagai suami.

image is not available

Menerusi postingnya yang dibuat di LinkedIn itu juga, dia memaklumkan bahawa dirinya mengambil bahagian secara aktif untuk beberapa tugas seperti perbelanjaan keluarga dan urusan memperbaiki rumah.

“Cringe lah weh! Ni tempat share pasal kerja tau…”

Walaupun lelaki itu kongsikan berita gembira mengenai fasa baru dalam hidupnya, namun ramai yang tak setuju dengan caranya memuat naik di LinkedIn kerana aplikasi itu telah dikenali sebagai platform yang profesional.

“Tak suka sebenarnya tengok orang buat LinkedIn ni macam FB. Boleh je nak kongsi personal opinion ke apa tapi ini bagi aku terlalu peribadi untuk kongsi kat platform sini” – Komen netizen

Malah, tak kurang juga yang mengharapkan agar trend sebegini tidak diteruskan oleh pengguna-pengguna yang lain kerana bagi mereka hal peribadi dan juga hal pekerjaan adalah dua perkara yang tak boleh dicampuradukkan.

image is not available

Orang ramai juga menasihatkan supaya dapat bezakan akaun media sosial dan juga aplikasi yang khusus untuk hal-hal kerjaya supaya kredibiliti sebagai pekerja tidak terjejas sekiranya tahu untuk mengekalkan profesionalisme.

Korang kerap update tak LinkedIn tu?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.