Hyundai Ioniq 9 Diumumkan – EV Mewah Untuk Tujuh Penumpang

TechnologyDigitalCars
22 Nov 2024 • 10:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hyundai Ioniq 9 diumumkan secara rasmi lewat malam semalam dengan ia adalah SUV EV tiga barisan yang boleh membawa sehingga tujuh orang penumpang. Ioniq 9 akan ditawarkan dengan 3 pilihan model yang masing-masing menawarkan jarak perjalanan sehingga 482 km dan kuas motor sehingga 420 PS.

image is not available

Pada bahagian kokpit diletakkan skrin 12″ yang memaparkan maklumat pemanduan serta sistem hiburan dalam kenderaan. Sistem HUD maya yang dipancarkan pada skrin turut di sertakan bagi meningkatkan keselamatan ketika memandu. Cermin pandang belakang juga adalah skrin 7″ yang boleh menunjukkan visual lebih lebar ketika kenderaan bergerak ke belakang.

image is not available

Sebagai sebuah SUV mewah, konfigurasi tempat duduk ialah 2+2+3 yang disusun menggunakan tiga barisan. Kerusi di barisan kedua boleh diputarkan untuk memandang ke belakang supaya penumpang boleh berbincang secara berdepan.

image is not available

Terdapat sistem pembatalan hingar (ANC) dalam kabin bagi mengurangkan deruman luar serta penggunaan tayar yang mengurangkan getaran. Sistem audio pula adalah keluaran Bose yang hadir dengan 14 speaker dan sokongan 5.1 saluran.

image is not available

Sistem ADAS masih lagi di Tahap 2 sahaja dengan ia boleh mengawal brek, amaran pertukaran lorong dan notifikasi kenderaan hadapan mula bergerak. Kabin turut menawarkan beberapa port pengecasan USB-C dengan kuasa 100W serta palam kuasa biasa. Apabila dalam mod berkhemah, semua keperluan tenaga akan disedut menerusi bateri utama Ioniq 9 dan bukan daripada bateri 12V.

image is not available

Akhir sekali bateri boleh dicas dari 10% ke 80% dalam masa 24 minit menggunakan pengecasan 350 kW. Masih tiada maklumat mengenai harga pada ketika ini dengan ia hanya akan diumumkan selepas ia mula dijual pada tahun 2025.