Hyundai Motor Malaysia Buka Cawangan Pusat 3S di Kuching

LocalCars
30 Jun 2026 • 11:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Hyundai Motor Malaysia Buka Cawangan Pusat 3S di Kuching

1.-A-Celebration-for-the-opening-of-Hyundai-Kuching.jpg

Hyundai Motor Malaysia dengan kerjasama Heng Lian Enterprise Bhd, membuka  cawangan Pusat 3S Hyundai di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Cawangan baharu ini menandakan satu mercu tanda penting dalam strategi pengembangan seluruh negara HMY untuk mencapai 25 cawangan menjelang akhir tahun nanti.

Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia, Jahabarnisa Haja Mohideen berkata, Hyundai Kuching adalah lebih daripada sekadar cawangan baharu.

Ini kerana  ia mewakili komitmen pihaknya terhadap Malaysia Timur dan komuniti Hyundai di seluruh negara.

"Kuching ialah sebuah bandar yang mempunyai pangkalan pelanggan yang rancak, dan melalui pengembangan ini, kami memastikan produk dan perkhidmatan premium pintar Hyundai dapat diakses oleh lebih ramai pelanggan di Malaysia," katanya.

Majlis pembukaan cawangan itu dirasmikan  oleh  Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng.

Untuk makluman, Pusat 3S Hyundai Kuching yang berkeluasan  7,500 kaki persegi, ini  menempatkan pelbagai model termasuk SANTA FE, TUCSON dan STARIA.

Cawangan ini terletak di Lot 98 & Lot 105, KTLD, Jalan Abell, Padungan, 93100 Kuching, Sarawak. Ia dibuka pada hari Isnin -Sabtu  (8:30 pagi – 5:30 petang) dan Ahad &Cuti Umum (10 pagi – 3 petang).

Selain itu, pelanggan di Malaysia Timur kini akan mempunyai akses langsung kepada sub-jenama berprestasi tinggi Hyundai N yang baru dilancarkan, dengan Heng Lian Enterprise Bhd menjadi pengedar eksklusif Hyundai N.

Apa yang menarik, bagi meraikan pembukaan pusat 3S itu, Hyundai Kuching menawarkan cabutan bertuah bermula 26 Jun hingga 26 Julai 2026.

Pelanggan yang melakukan pandu uji akan menerima satu penyertaan, manakala mereka yang membuat tempahan kenderaan akan memperoleh dua penyertaan tambahan.

Hadiah utama yang ditawarkan ialah sebuah Samsung Galaxy S26, selain pelbagai hadiah lain termasuk pakej tinted Hamel, dashcam, payung Hyundai dan cenderamata eksklusif.

Hyundai turut menawarkan beberapa promosi selepas jualan sepanjang tempoh kempen, antaranya:

Baucar minyak enjin SHELL bernilai RM100.Pemeriksaan kenderaan 20 titik secara percuma untuk semua model Hyundai termasuk pemeriksaan bateri 12V dan tayar.Kadar upah servis tetap RM50.Baucar kafe tempatan bernilai RM20 bagi pelanggan dengan bil servis minimum RM400.Body kit percuma untuk 10 pemilik pertama Hyundai STAREX keluaran tahun 2020 dan ke atas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved