Hyundai Motor Malaysia Lancar Platform Media Sosial Baharu - Sedia Ambil Alih

LocalBusiness & Finance
11 Jun 2025 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Hyundai Motor Company (HMC) kini sedang merancang untuk mengambil alih operasi jenama Hyundai di Malaysia daripada pengendali sedia ada, Hyundai Sime Darby Motors (HSDM).

Sebagai langkah awal pengambilalihan ini, syarikat yang kini dikenali sebagai Hyundai Motor Malaysia (HMY) telah melancarkan halaman media sosial rasmi di platform seperti Facebook, Instagram, TikTok dan lain-lain.

Di media sosial tersebut, satu video pendek telah dimuat naik dengan kapsyen, “Annyeonghaseyo, Malaysia! Era baru bermula, kami di sini dan bersedia untuk memacu masa depan bersama anda. Ikuti kami untuk perkembangan terkini Hyundai.”

image is not available

Kemunculan halaman media sosial rasmi ini menandakan kemungkinan besar pengambilalihan jenama Hyundai oleh HMC di Malaysia telah pun 'tiba' di peringkat terakhir. Rancangan pengambilalihan ini mula diperkatakan sejak akhir tahun lalu, seiring pengumuman pelaburan besar bernilai RM2.16 bilion oleh HMC ke dalam pasaran Malaysia.

Pelaburan tersebut melibatkan kerjasama strategik antara HMC dan pengeluar bebas tempatan, Inokom. Hyundai berhasrat untuk memperluaskan kilang pemasangan tempatan (CKD) Inokom di Kulim dalam tempoh enam tahun akan datang.

Projek ini juga termasuk penubuhan kilang pemasangan bateri kenderaan elektrik (EV) baharu di Kulim, yang akan menjadi pusat pengeluaran enam model Hyundai, termasuk jenama mewah Genesis.

image is not availableimage is not available

Sebelum ini, HMY telah disenaraikan di laman web global Hyundai sebagai wakil rasmi jenama Hyundai di Malaysia. Butiran pejabat yang termasuk alamat operasi baharu di Malaysia juga telah dikemaskini menandakan peralihan pengurusan jenama secara rasmi.

image is not availableimage is not available

Walaupun pengurusan diambil alih, HSDM dijangka terus memainkan peranan penting sebagai pemasang kontrak untuk model CKD Hyundai seperti Santa Fe. Selain itu, HSDM juga akan kekal sebagai pengimport bagi model import sepenuhnya (CBU). Kedua-dua HSDM dan Sime Motors akan terus menjadi pengedar sah dan penyedia perkhidmatan selepas jualan untuk kenderaan Hyundai di Malaysia.