Sony Reon Pocket Pro Akan Hadir Julai Pada Harga RM1199 – Penyaman Udara Mudah-Alih

TechnologyDigital
20 May 2025 • 11:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony hari ini memperkenalkan kemas kini kepada penyaman udara mudah-alih mereka yang terbaru dan lebih berkuasa, dinamakan sebagai Sony Reon Pocket Pro. Ini merupakan kemas kini kepada Reon Pocket yang diperkenalkan tahun lepas.

Sony mengatakan model baharu ini menawarkan pengaliran udara dua kali ganda berbanding dengan model sebelum ini, selain mekanisme lesapan-haba yang lebih baik.

Sony Reon Pocket Pro menawarkan liputan dua kali ganda kawasan penyejukan, selain masa operasi yang berganda berbanding model sebelum ini, membolehkan pengguna menggunakannya untuk tempoh masa lebih lama.

Di Malaysia, Sony akan menawarkan Reon Pocket Pro ini bermula Julai 2025 kelak, pada harga RM1199.