Hyundai Palisade Generasi Ke-2 Diperkenalkan – Jauh Lebih Menyerlah

LocalCars
9 Dec 2024 • 1:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Hyundai telah memperkenalkan Palisade generasi kedua, SUV andalan (flagship) mereka, yang kini hadir dengan reka bentuk lebih 'gagah' dan berkotak. Model ini menggantikan rekaan badan sebelum ini yang banyak lekukan dengan penampilan baharu yang menyerupai model Santa Fe generasi kelima.

Kini Lebih Menyerlah

image is not available

Dengan bahasa rekaan baharu yang lebih berani, Palisade kini diberikan gril depan yang besar, diapit oleh lampu LED menegak. Dari tepi, Palisade kelihatan lebih elegan dengan garis badan yang ringkas, aksen aluminium dan rim aloi 21 inci.

image is not availableimage is not available

Jentera kali ini juga memiliki jarak antara roda yang lebih panjang, dan overhang pendek di bahagian depan, yang membuatkannya kelihatan lebih menawan.

Walaupun Hyundai belum mendedahkan ukuran terperinci Palisade, SUV ini jelas kelihatan lebih besar, dan dijangkakan lebih panjang sehingga sekurang-kurangnya 5 meter daripada versi terdahulu.

Kabin Mewah Dengan Teknologi Terkini

image is not available

Bahagian kabinnya direka dengan terperinci untuk keselesaan dan menyerlahkan aura mewahnya. Antara kelengkapan penting yang disediakan ialah skrin berkembar berukuran 12.3 inci yang sama seperti pada Ioniq 9, menggabungkan skrin infotainmen dan kluster digital.

image is not available

Ruang kokpitnya tampil lebih ringkas yang mana tombol penukar gear kini dipindahkan ke belakang stereng. Beberapa fungsi kenderaan masih boleh dikawal dengan butang fizikal seperti mod pemanduan dan pendingin hawa.

Aura mewah kabin terserlah melalui penggunaan upholsteri premium yang disempunakan lagi dengan kemasan kayu, hampir menyamai gaya mewah yang ditawarkan pada jenama premium Hyundai, Genesis.

Boleh Memuatkan 9 Penumpang

image is not available

Hyundai Palisade generasi baharu boleh memuatkan sehingga 9 penumpang kerana konsol tengahnya boleh diubah menjadi tempat duduk tambahan. Ini serupa dengan reka bentuk kereta kecil di Jepun yang memaksimumkan ruang. Walau bagaimanapun, Hyundai belum menunjukkan rupa sebenar atau cara konfigurasi ini berfungsi.

Pilihan Trenkuasa Masih Belum Diumumkan

image is not availableimage is not available

Hyundai masih merahsiakan spesifikasi rasmi untuk bahagian enjin jentera terbarunya ini, namun terdapat spekulasi bahawa model ini bakal ditawarkan dalam pilihan enjin V6 3.5L seperti model sebelum ini dan juga varian hibrid baharu dengan enjin petrol 2.5L.

Pelancaran Di Pasaran

image is not available

Jualan Hyundai Palisade baharu akan dimulakan di Korea Selatan tidak lama lagi sebelum diperkenalkan ke pasaran antarabangsa. SUV ini dijangka menarik perhatian mereka yang mengutamakan reka bentuk moden, teknologi terkini dan ciri mewah.