Google Pixel 6, 7, dan Fold terima tambahan 2 tahun kemas kini OS

TechnologyDigital
6 Dec 2024 • 1:00 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Google telah mengumumkan pembaharuan pada polisi kemas kini melibatkan Pixel 6, Pixel 7, dan Pixel Fold. Tiga model ini dimaklumkan akan terima 5 generasi kemas kini Android. Dengan berita gembira ini, pengguna peranti legasi nampaknya boleh nikmati sokongan daripada Google dengan lebih lama.

Pixel 6 dan Pixel 7 terima kemas kini OS sehingga 2027

Berdasarkan pemakluman tersebut, Pixel 6 yang dilancarkan dalam tahun 2021 akan terima sistem operasi sehingga Android 17 sementara Pixel 7 akan terima Anroid 18. Selain daripada kemas kini generasi Android, pengguna model ini juga akan terima tampalan keselamatan sehingga tahun 2029.

image is not available

Sebagai perbandingan, Pixel 8 dan yang lebih baharu ditawarkan kemas kini sistem operasi dan tampalan keselamatan selama 7 tahun.

Perubahan pada polisi kemas kini Google pastinya berikan kelegaan pada pengguna yang masih setia dengan peranti sedia ada. Makanya, mereka punyai lebih masa untuk mempertimbangkan sama ada perlu bertukar ke telefon yang lebih baharu.

image is not available

Android 15 adalah versi untuk tahun 2024

Andoird 15 adalah versi terbaharu sistem operasi Android. Ia digunakakn oleh Google Pixel sejak dilancarkan dalam bulan Oktober 2024 dulu. Penambahbaikkan dibawakan Google pada segi keselamatan dan produktiviti.

Contohnya, Android 15 ada ciri pengesanan kecurian, Ciri ini mengguna pakai AI untuk mengesan pergerakkan mencurigakan seperti berlari, berbasikal, dan memandu. Sekiranya padan dengan algoritma, pengguna boleh mengunci telefon daripada jauh. Google turut memperkenalkan Digital Safe, tempat pengguna boleh sembunyikan aplikasi, nota, dan data lain daripada boleh diakses secara biasa.

Dengan pengenalan Pixel Fold, Android 15 juga telah direka untuk beradaptasi dengan skrin boleh lipat. Antara muka Android 15 kini responsif dalam apa saja keadaan skrin. Dalam keadaan lipat, sistem akan susun secara kemas teks dan tentingkat mengikut nisbah paparan yang sesuai dan begitu juga apabila skrin dibuka lipatan.

Sumber: Google