Hyundai, Palm Motor bekerjasama buka bilik pameran baharu di Petaling Jaya

LocalCars
3 Apr 2026 • 11:05 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Hyundai, Palm Motor bekerjasama buka bilik pameran baharu di Petaling Jaya Image from: Hyundai, Palm Motor bekerjasama buka bilik pameran baharu di Petaling Jaya liza03/04/2026 - 11:05 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 3 April – Hyundai Motor Malaysia (HMM) membuka bilik pameran baharu di Petaling Jaya hasil kerjasama dengan Palm Motor Sdn Bhd, sebagai usahanya memperluaskan lagi  rangkaian pengedaran di seluruh negara.

 

Bilik pameran berkeluasan 4,200 kaki persegi ini menampilkan model-model unggul Hyundai, termasuk Santa Fe, Tucson dan Staria dalam suasana moden dan selesa bagi pelanggan untuk melihat, mencuba dan mendapatkan konsultasi mengenai kenderaan.

 

Presiden Hyundai Motor Malaysia,  Eric Lee berkata pembukaan ini adalah sebahagian daripada sasaran syarikat untuk memiliki 25 outlet di seluruh Malaysia menjelang akhir 2026 demi meningkatkan aksesibiliti serta pengalaman pelanggan yang lebih baik.

 

Sementara itu, Pengurus Utama Palm Motor Sdn Bhd, Cedric Choo pula berkata pembukaan bilik pameran di Petaling Jaya itu membolehkan Hyundai mendekatkan jenamanya kepada pelanggan dan menawarkan pengalaman pelanggan yang lengkap, dari pembelian sehingga servis kenderaan.

 

Sempena pelancaran pembukaan itu, Palm Motor meraikan penyerahan pertama Hyundai Tucson 1.6T HEV kepada pelanggan. Tucson merupakan model paling laris peringkat global Hyundai dengan reka bentuk futuristik dan enjin hibrid 1.6T-GDi.

 

Sempena pembukaan, Hyundai Petaling Jaya mengadakan pelancaran rasmi dari 10 hingga 12 April. Pengunjung berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM10,000, termasuk iPhone 17, TV pintar dan speaker Bluetooth.

 

Selain itu, promosi lain termasuk perjalanan menonton perlawanan bola sepak terbesar dunia untuk dua orang, hadiah percuma kamera papan pemuka atau pemasangan cermin gelap, tawaran pertukaran kereta lama sehingga RM5,000, dan diskaun untuk unit pameran sehingga RM38,888.

 

Palm Motor, yang mula menyertai rangkaian pengedaran Hyundai sejak 2002, terus memfokuskan reputasi kepercayaan pelanggan dan kecemerlangan operasi di mana bilik pameran di Petaling Jaya menjadi langkah seterusnya dalam memperkukuhkan perkhidmatan mereka.

 

Bilik pameran ini terletak di Lot 23-A & 25, 13/2, Jalan Kemajuan, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, dengan waktu operasi Isnin hingga Sabtu, 9 pagi hingga 6 petang, dan Ahad serta cuti umum, 10 pagi hingga 5 petang. - DagangNews.com

Terkini standard
View Original Article