“I believe i can fly”- Macam Karpet Terbang Aladdin, Individu Steady Naik Banana Boat Sambil Berdiri!

Entertainment
13 Apr 2024 • 12:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika anda merupakan seorang yang gemarkan aktiviti lasak, mesti anda pernah menaiki permainan banana boat atau triple inflatable boat di tepi-tepi pantai atau di pulau kan.

Seorang individu ini pula menjadi perhatian ramai apabila dia menaiki triple inflatable boat itu sambil berdiri sehingga bot tersebut ‘terbang’.

Gelagat individu itu telah dikongsikan oleh laman Facebook Pakej Pulau Semporna baru-baru ini dan sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 3 juta tontonan di platform terbabit.

Apa yang menjadi perhatian lagi ialah dia dilihat seperti sangat santai kerana menaiki bot berkenaan sambil berdiri walaupun bot tersebut sedang ‘terbang’.

Ada warganet yang menyamakan gelagat individu itu seperti sedang menaiki karbet magis terbang dalam filem Aladdin.

Selain itu ada juga yang mengatakan gelagat individu itu seperti sama seperti lirik lagu I Believe I Can Fly.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article