I-Berhad dan 4 agensi hartanah bekerjasama teroka pemilikan rumah AI Living @ i-City

20 Aug 2026 • 12:40 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

I-Berhad dan 4 agensi hartanah bekerjasama teroka pemilikan rumah AI Living @ i-City Image from: I-Berhad dan 4 agensi hartanah bekerjasama teroka pemilikan rumah AI Living @ i-City amree20/08/2026 - 12:40 Dari kiri, Ketua Pegawai Operasi ESP Global Services Sdn Bhd, Terrance Yeo; Pengerusi Kumpulan Firdaus & Associates, Datuk Sr PMgr Firdaus Musa; Pengarah I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew; Naib Presiden IQI, PMgr Ts Kamal AG; dan Pengarah Eksekutif PropNex Malaysia, Evon Heng. Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 20 OgosI-Berhad menerusi pembangunan AI Living @ i-City melangkah ke fasa baharu pemilikan kediaman dengan empat agensi hartanah bekerjasama meneroka kecerdasan buatan (AI) boleh mengubah pengalaman pemilik rumah daripada urusan pembelian kepada hubungan digital jangka panjang.

 

Kerjasama itu melibatkan ESP Global, IQI Global, PropNex dan Firdaus & Associates sebagai agensi utama, yang akan mula mendaftarkan bakal pembeli menjelang pelancaran rasmi AI Living yang disasarkan pada Oktober 2026.

 

Menurut I-Berhad, konsep AI Living tidak hanya tertumpu kepada pembinaan kediaman yang dilengkapi teknologi AI, sebaliknya bertujuan mengubah keseluruhan kitaran pemilikan hartanah termasuk proses mencari dan membeli rumah, penyewaan, jualan semula serta perkhidmatan kepada penghuni selepas pembelian.

 

Pengarah I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew berkata, kerjasama itu membuka peluang meneroka bagaimana AI boleh meningkatkan setiap peringkat perjalanan pemilik rumah, sekali gus membentuk model baharu hubungan antara pemaju, profesional hartanah, pemilik rumah dan penyedia perkhidmatan.

 

"Di tengah-tengah ekosistem berkenaan ialah UrbanOS, platform orkestrasi digital yang sedang dibangunkan i-City bagi menghubungkan AI, robotik, sistem bangunan pintar dan perkhidmatan penghuni dalam ekosistem AI Living," jelas beliau dalam kenyataan.

 

Pengarah Urusan ESP, Aldrin Tan, berkata platform digital berpotensi berkembang menjadi ekosistem jangka panjang yang menghubungkan pemaju, profesional hartanah dan penghuni, dengan nilai AI tidak lagi terhad kepada produktiviti ketika proses jual beli.

 

I-Berhad_DagangNews2026

 

Sementara itu, Naib Presiden IQI, Ts Kamal Abd Ghafur berkata, AI Living merupakan kesinambungan semula jadi transformasi digital industri hartanah, apabila teknologi kecerdasan boleh terus memberi nilai kepada pemilik rumah selepas mereka mendiami kediaman.

 

PropNex pula melihat inisiatif itu sebagai usaha menghubungkan setiap peringkat perjalanan pelanggan, bukan sekadar menjadikan transaksi hartanah lebih cekap. Ketua Pegawai Projeknya, Steve Tong, berkata masa depan hartanah adalah pengalaman berterusan yang disokong teknologi sebelum, ketika dan sepanjang tempoh pemilikan.

 

Pengerusi Eksekutif Firdaus & Associates, Datuk Sr Firdaus Musa berkata, kerjasama itu memberi peluang kepada profesion hartanah untuk berkembang seiring perubahan teknologi, termasuk meneroka bagaimana AI boleh menyokong pemilik rumah dalam urusan sewaan, jualan semula dan perkhidmatan penghuni.

 

Menurut beliau, UrbanOS turut memberi ruang kepada industri untuk menilai semula peranan profesional hartanah dalam era AI, apabila nilai perkhidmatan tidak lagi berakhir selepas transaksi pembelian selesai.

 

Keempat-empat agensi akan mula mendekati pasaran dan mendaftarkan bakal pembeli sebelum pelancaran rasmi AI Living pada Oktober 2026, manakala proses menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) dijangka bermula pada suku kedua 2027.

 

"I-Berhad menyifatkan projek itu berpotensi menjadi bukan sekadar pembangunan kediaman berasaskan AI pertama di dunia, malah titik perubahan dalam mentakrifkan semula maksud pemilikan hartanah dalam era kecerdasan buatan," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved