“I cannot brain” – Sumbat Tilam Dalam Mesin Basuh Dobi, Dua Individu Dikecam Netizen

Entertainment
6 Nov 2023 • 3:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular video yang dimuat naik oleh Prince Yoshiro di platform X menunjukkan dua orang individu gigih menyumbat tilam ke dalam mesin basuh di kedai dobi layan diri.

Kejadian itu tidak dapat dikenalpasti berlaku di mana namun tindakan mereka berdua telah mengundang kecaman netizen.

image is not available

Klip video yang berdurasi 25 saat itu jelas memaparkan mereka berdua sedang menggunakan mesin basuh di kedai dobi layan diri.

Apa yang membuatkan netizen marah, mereka berdua menyumbat tilam bersaiz single ke dalam mesin basuh pakaian.

I cannot brain orang macam ni… baik ko je masuk terus jer dalam tu – Pengguna X

Walaupun mereka membayar perkhidmatan dobi layan diri itu, tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan kerana mesin basuh tersebut hanya dikhaskan untuk membasuh pakaian.

Siap gulung tilam

Sukar untuk memasukkan tilam bersaiz single itu dalam mesin basuh, mereka dilihat tidak berputus asa sehingga bertindak menggulungkan tilam itu terlebih dahulu. Usaha mereka tidak membuahkan hasil kerana mesin basuh itu tidak dapat memuatkan tilam tersebut.

Dapat dilihat dalam video itu juga, satu tilam bergulung berwarna putih juga telah dimasukkan ke dalam mesin basuh yang lain. Namun begitu, pintu mesin basuh itu tidak dapat ditutup dengan betul.

Video itu juga turut merakam seorang wanita sedang berdiri sambil bercekak pinggang melihat dua orang individu tersebut.

Menjengah di ruangan balas, rata-rata netizen pelik dengan perbuatan mereka berdua.

image is not available

image is not available

Ada juga netizen berpendapat bahawa kedai dobi layan diri perlu dikawal bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.

image is not available

Adoi.. ada jugak ye macam ni..

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.