“I don’t know” – Rakan Jepun Wanita Ini Dakwa Tidak Tahu Jepun Pernah Serang Malaysia

Entertainment
29 Aug 2024 • 4:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak di bangku sekolah lagi, kita diajar mengenai sejarah penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Walaupun pendudukan Jepun satu peristiwa yang singkat tetapi telah membawa pelbagai tumpahan darah mahupun air mata kepada rakyat negara.

Mungkin ada yang tidak menyangka tidak semua rakyat negara mengetahui sejarah negara mereka sendiri.

Rakan Jepun tidak tahu negara pernah jajah Tanah Melayu

Seperti perkongsian seorang wanita ini, rakannya yang berwarganegara Jepun tidak menyangka tentera Jepun pernah menakluk Tanah Melayu.

Menerus video yang dikongsikan oleh @anisonquack, dia bertanya adakah rakannya mengetahui tentang penjajahan Jepun ketika Malaysia belum merdeka.

Mendengar pertanyaan itu, rakannya menjawab tidak tahu dan seperti tidak menyangka tentang sejarah itu.

“Oh, tentera Jepun datang Malaysia (Tanah Melayu)?, ye ke?

“Saya tidak tahu,” katanya.

Perkongsian video itu telah meraih pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya turut tidak menyangka rakyat Jepun tidak mengetahui tentang sejarah penjajahan ini.

Ada yang mengatakan tidak semua negara mengajar tentang sejarah peperangan dalam pendidikan di sekolah.

Selain itu, ada yang berkongsi pernah menceritakan tentang sejarah tersebut kepada rakan Jepunnya dan mereka terdiam apabila mengetahuinya.

image is not available image is not available

Agaknya sejarah apa yang mereka belajar di sekolah?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.