“I Dress For Allah” – Tampil Dengan Imej Bertudung Labuh, Mia Ahmad Tak Kisah Dikritik Netizen

Entertainment
28 Sep 2022 • 4:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini pelakon, Mia Ahmad tampil dengan imej baru apabila dia mula memuat naik gambar-gambar mengenakan tudung yang lebih labuh di Instagramnya.

Namun begitu, penampilan barunya yang lebih baik itu mendapat kritikan yang negatif daripada segelintir netizen yang mengatakan gayanya itu persis seorang makcik dan tidak moden.

Mia Ahmad tak kisah dikritik

Meskipun dikritik dan mendapat komen negatif, itu tidak mematahkan semangat isteri kepada penjaga gol JDT itu untuk terus beristiqamah mengenakan tudung labuh.

Menerusi hantarannya itu, pelakon Hati Perempuan itu memaklumkan bahawa dia langsung tidak menghiraukan kritikan itu sebaliknya akan terus beristiqamah kerana dia berpakaian hanya kerana Allah.

Bila orang cakap tudung labuh macam makcik dan tak moden.

Sorry, I dress for Allah.

Ada yang cakap I takkan istiqamah, ada yang cakap husband I takkan support. I kuatkan hati sebab I know I did the right thing. For the sake of Allah. I tahu I tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik.

Netizen sokong penampilan baru Mia Ahmad

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan Mia Ahmad yang kini berusaha berubah ke arah yang lebih baik.

image is not available

image is not available

Orang tu nak berubah ke arah kebaikan pun kena kritik, apa salah kalau kita sokong je?

Kredit: Instagram Mia Ahmad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media