“I Feel You Sir..” – Cari Parkir Tapi kena ‘Scam’ Dengan Kereta Kancil, CEO Mat Saleh Ini Naik Geram

Cars
22 Jun 2022 • 11:22 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kalau ke ‘mall’ di hari minggu misalnya pasti kita akan menghadapi masalah parkir penuh kerana terlalu ramai yang keluar beriadah ketika waktu cuti bekerja dan persekolahan.

Dan pastinya kita pernah mendengar cerita pengguna yang ‘tertipu’ dengan kereta Perodua Kancil yang disangka tiada tapi ada menghuni tersorok di kawasan parkir.

Seperti perkongsian seorang CEO Andrew Martin di laman web LinkedIn ini, dia pun telah pun tertipu dengan helah kereta kompak kesayangan rakyat Malaysia ini.

image is not available

Sumber : LinkedIn  

Ujarnya, dia sedang mencari parkir di pusat membeli belah selama hampir 15 hingga 20 minit dan ternampak ruang kosong sekaligus memecut kenderaannya untuk meletakkan kereta.

Bila saya sudah sampai di ruang parkir kosong tersebut, ternampak kereta Kancil yang diletakkan elok di ruang tersebut. Saya rasa ia (kereta kancil) ini dibina untuk melakukan menyeksa psikologi!

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna laman web carian kerja dan ‘networking’ itu bersetuju dan terhibur dengan pendapat Andrew.

image is not available

Sumber : LinkedIn  

Malah, ramai sebenarnya yang pernah ‘terkena’ dengan kereta Kancil yang parkir tapi tidak kelihatan dari jauh kerana saiznya yang kecil.

“Dah banyak kali tertipu dengan Perodua Kancil” komen seorang netizen.

image is not available 22 jam lalu

Netizen 'Kantoikan' Gadis Didakwa Palsukan Penyakit D.I.D, Kecam Penerbit TV Tak Buat 'Research'