I.G Ais Kacang Jalan Gambier, Port Ngopi Sambil Layan View Bandar Kuching

6 Dec 2023 • 4:27 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Makan sambil nikmati view bandar Kuching

I.G Ais Kacang Jalan Gambier, Port Ngopi Sambil Layan View Bandar Kuching. Kepopularan ais kacang di Malaysia memang tidak perlu diragui lagi. Setiap daerah mempunyai kesinambungan dan variasinya sendiri.

Buat warga Kuching, ada beberapa tempat yang menjadi tumpuan para penggemar ais kacang dan salah satu daripadanya adalah I.G Ais Kacang Jalan Gambier.

image is not available
I.G Ais Kacang Jalan Gambier, Port Ngopi Sambil Layan View Bandar Kuching. Kredit: Facebook

Baru sahaja dibuka, kedai ini telah menarik perhatian ramai orang dengan menu ais kacang pelbagai rasa dan jenis yang ditawarkan di sini.

Kedai ini terletak di deretan kedai India Street dan mempunyai pemandangan yang indah, menjadikannya tempat yang sempurna untuk anda menikmati ais kacang terbaik sambil melihat-lihat view Bandar Kuching.

image is not available

Terdapat pelbagai jenis ais kacang seperti ABC biasa, ABC Special, White Lady dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga menu lain seperti rojak buah, lok-lok, laksa Sarawak, bihun belacan dan banyak lagi.

image is not available

Selain daripada itu, kedai ini juga menawarkan pelbagai jenis minuman seperti teh c special ataupun kopi digabungkan bersama roti bakar mereka.

image is not available

Harga pun berpatutan dan tidak terlampau mahal.

Pemandangan Bandar Kuching yang cantik membuatkan I.G Ais Kacang Jalan Gambier ini sesuai bagi pelancong dan penduduk tempatan untuk ‘mengopi’ sambil mengujungi port-port bersejarah yang ada disekitar itu.

Lokasi: Deretan kedai India Street, Jalan Gambier, 93000, Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari jam 10:15 pagi hingga 11:30 malam

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/tak-perlu-jauh-jauh-ais-kacang-swee-kang-kini-buka-cawangan-di-samarahan/

https://www.iloveborneo.my/port-minum-petang-perlu-dicuba-nikmati-abc-gula-kapong-dan-rojak-di-hometown-ice-kacang-kuching/