“I’m dissapointed” – Niat Nak Bantu Cikgu Fadli Tak Dilayan, Ini Respon Caprice…

17 Oct 2022 • 4:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama Cikgu Fadli Salleh ni memang tak asing lagi untuk orang-orang yang rajin mengikuti coretannya di Facebook lagi-lagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak sedang bersekolah.

Malah baru-baru ini, namanya lebih dikenali selepas guru ini mendedahkan bahawa dia bakal dikenakan tindakan buang kerja atau turun pangkat kerana mendakwa sering suarakan isu sistem pendidikan di Facebook.

Kerana isu ini tular, seorang pengguna Facebook telah meluahkan pendapatnya meminta agar rapper yang sering menularkan mengenai isu semasa tidak masuk campur urusan Fadli Salleh ini.

Harapnya Kepris jangan la masuk campur pulak urusan Cikgu Mohd Fadli Salleh ya.”

Namun begitu, Cikgu Fadli telah membalas kenyataan tersebut mengatakan bahawa Caprice telah pun cuba untuk membantunya namun tak dilayan.

image is not available

“Pemberita tak bertauliah”

Rata-rata netizen yang melihat respon Cikgu Fadli ini telah memuji tindakan guru ini untuk tidak membenarkan Caprice masuk campur kerana merasakan rapper ini sering “menyibuk” isu-isu semasa yang berlaku.

image is not available

“I’m dissapointed”

Respon dari Cikgu Fadli ini jelasnya telah mengecewakan Caprice yang berniat untuk membantunya. Menerusi Instagram, Caprice mengatakan respon Fadli ini hanya mengikut “angin” netizen mengenai kes PU Azman.

Pun begitu, dia menjelaskan dia masih menyokong kata-kata cikgu ini mengenai pendidikan walaupun mendapat respon sedemikian.

image is not available

Takpelah Caprice, kes ni pun memang dah dapat perhatian orang atasan mungkin sebab tu Cikgu Fadli dah tak perlukan bantuan orang lain. So support je lah dari jauh….

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.