Telefon Pintar Dengan Kamera 192-Megapixel Mungkin Akan Dalam Masa Terdekat

TechnologyDigital
8 Apr 2020 • 12:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Qualcomm meramalkan telefon pintar dengan kamera 100 Megapixel akan menjadi realiti sebelum berakhirnya 2019. Ini menjadi realiti dengan pelancaran Xiaomi Mi Note 10 Pro. Tetapi tahun ini telefon pertama dengan kamera 200-Megapixel semakin hampir menjadi realiti.

image is not available
Menurut peniris maklumat Digital Chat Station, telefon pintar pertama dengan kamera 192-Megapixel akan dilancarkan seawal bulan Mei dengan cip Snapdragon 765G. Ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana Mi Note 10 Pro dengan sensor gergasi juga adalah sebuah peranti kelas pertengahan. Cip Snapdragon 765G yang diumumkan pada Disember tahun lalu mempunyai kemampuan menyokong sensor sebesar ini manakala Snapdragon 865 menyokong sehingga 200-Megapixel.

Pengeluar peranti ini masih lagi dirahsiakan. Sebelum ini terdapat laporan Samsung sedang membangunkan sensor 150-Megapixel. Jika pisang berbuah dua kali, tidak mengejutkan jika peranti 192-Megapixel ini mungkin turut dihasilkan oleh Xiaomi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved