“Ia Mengenai Hierarki, Senioriti & Politik…” - Zarif Ghazzi Nafi Jalan Cerita KUDRAT 1968 Tentang Buli

27 Oct 2026 • 9:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

“Ia Mengenai Hierarki, Senioriti & Politik…” - Zarif Ghazzi Nafi Jalan Cerita KUDRAT 1968 Tentang Buli

Pelakon, Zarif Ghazzi, berpendapat bahawa naskhah KUDRAT 1968: High Council bukan mengangkat isu buli, sebaliknya memaparkan realiti sistem hierarki, senioriti dan politik yang wujud dalam masyarakat.Menurut Zarif, setiap perlakuan serta elemen kekerasan yang dipaparkan dalam naskhah berkenaan mempunyai sebab tersendiri dan menjadi sebahagian daripada jalan cerita yang bakal terungkai menerusi filem itu.“Perjalanan Kudrat 1968 ini panjang. Episod kelima ini menutup cerita dan menjawab segala persoalan daripada episod pertama hingga keempat. Segala soalan kenapa dia bertindak sebegitu dan kenapa dia kejam, semuanya akan terjawab dalam filem ini.“Jadi, saya akan cakap perkara ini berkali-kali, sudah tentu ada yang cakap kenapa masih ada lagi cerita yang macam ini. Apa yang boleh saya katakan, Kudrat 1968 lebih dari kisah buli.“Ia mengenai hierarki, senioriti dan politik. Ia lebih dari itu,” katanya kepada Gempak.Zarif berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana filem KUDRAT 1968: High Council di TGV KLCC pada Isnin.Dalam masa sama, Zarif menjelaskan filem tersebut turut mengetengahkan kesan buruk perbuatan buli selain memberi peringatan bahawa perbuatan berkenaan tidak seharusnya dinormalisasikan dalam masyarakat.“Mesej mengenai buli ini boleh disampaikan dengan pelbagai cara. Jadi, untuk saya sebagai pelakon, adalah tanggungjawab untuk menyampaikan mesej mengenai buli dari segi visual supaya semua rakyat Malaysia bukan sahaja mengetahui, tetapi turut merasai betapa teruknya kesan buli itu sendiri,” tambahnya.Berkongsi pengalamannya yang membesar dengan menonton filem aksi seperti KL Gangster, Zarif mengakui keganasan yang ditonjolkan dalam filem tidak mempengaruhi dirinya untuk melakukan perkara sama.Sebaliknya, dia bersyukur kerana didikan ibu bapanya banyak membentuk keperibadian dirinya sehingga hari ini.“Kadang-kadang saya tengok ada juga kes buli membabitkan kanak-kanak bawah umur. Sebab itulah setiap karya yang dihasilkan di Malaysia mempunyai klasifikasi umur seperti 16 tahun ke atas atau 18 tahun ke atas dan ada juga yang 21 tahun ke atas.“Jadi saya percaya sikap dan perilaku kanak-kanak di luar itu mencerminkan cara mereka berkomunikasi dengan ibu bapa mereka sendiri.“Sejujurnya, saya membesar dengan KL Gangster 1, KL Gangster 2 dan KL Gangster 3 tapi alhamdulillah, saya tidak mahu banding dengan anak-anak lain, tapi saya bersyukur cara ibu bapa membesarkan saya menjadikan saya manusia seperti sekarang,” ujarnya lagi.Untuk info, KUDRAT 1968: High Council merupakan prekuel kepada siri fenomena Projek: High Council (2023) dan filem Kahar: Kapla High Council (2024), yang mengisahkan permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar.Selain Zarif, drama dan filem arahan Zulaikha bersama Khairi Asyraff itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Mierul Aiman, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.Filem KUDRAT 1968: High Council bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 29 Oktober ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved