
Mahkamah Majistret Kuantan telah meluluskan permohonan perintah perlindungan interim (IPO) pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson pada Isnin.

Keputusan itu telah diputuskan Majistret Wahida Zainal Abidin dalam prosiding hari ini.
Memetik dari Mstar, perintah mahkamah itu bagi menghentikan suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abd Gafoor daripada terus melakukan keganasan terhadap mangsa.


Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson menganggap ia sebagai hari kebebasan buat dirinya dan empat orang anaknya.
Ia merupakan kebebasan buat saya dan anak-anak.
Terdahulu, Abdul Zackery mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan melakukan kecederaan terhadap isterinya.
Sekadar info tambahan, IPO merupakan peruntukan dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 bagi memberi perlindungan sementara buat mangsa, anak-anak dan saudara maranya.
"Saya Pernah Alami 'Slip Disc' Kerana Tertekan, Sudah Terlalu Lama Dan Saya Perlukan Pertolongan" - Zahnita Wilson
The post “Ia Merupakan Kebebasan Buat Saya Dan Anak-Anak” – Permohonan Perintah Perlindungan Interim Zahnita Diluluskan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


