Zahnita Wilson sebak dapat perintah perlindungan interim

LocalEntertainment
9 Dec 2024 • 2:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Mahkamah Majistret Kuantan membenarkan permohonan bekas model dan pelakon, Zahnita Wilson untuk mendapat perintah perlindungan interim (IPO).

Zahnita Wilson sebak dapat perintah perlindungan interim

Menurut laporan Utusan, keputusan itu diputuskan oleh Majistret Wahida Zainal Abidin dalam prosiding hari ini.

image is not available

Foto: Shaikh Ahmad Razif/Utusan

Merupakan kebebasan buat saya dan anak-anak

Zahnita atau nama sebenar Zahnita Dorothy Hussein Wilson kelihatan tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja keluar daripada pintu mahkamah.

Pelakon berusia 39 tahun itu menganggap hari ini merupakan hari kebebasan buat dirinya dan empat cahaya mata tersayang.

image is not available

Foto: Kosmo!

“Ia merupakan kebebasan buat saya dan anak-anak,” ujar ibu kepada empat anak berusia antara empat tahun hingga 12 tahun berkenaan.

IPO adalah peruntukan dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 bagi memberi perlindungan perundangan sementara untuk mangsa, anak-anaknya dan saudara maranya.

Pada 5 Disember lalu, suami Zahnita iaitu Abd. Zackery Ghouse Abd. Ghani, 46, didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan mencederakan bekas pelakon tersebut.

Perintah mahkamah tersebut bagi menghentikan suami Zahnita yang menderanya daripada meneruskan kelakuan ganas terhadap mangsa.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohamad Shofi Mat Isa)