
Pada saat akhir, Andrea Iannone melakukan sesuatu yang tidak dijangka, memastikan penyertaan pasukan Ducati miliknya sendiri dalam Kejuaraan Superbike Dunia 2026. Selepas gagal mendapatkan tempat di mana-mana pasukan sedia ada, pelumba Itali itu memilih jalan berani iaitu bertanding dengan pasukan sendiri yang dinamakan Cainam Racing, terinspirasi daripada gelarannya “The Maniac yang diterbalikan MANIAC – CAINAM”
Namun di sebalik sambutan peminat, projek ini penuh persoalan. Mengendalikan pasukan persendirian WSBK memerlukan sekurang-kurangnya €1.5 juta semusim, dan Cainam Racing masih belum mempunyai struktur pasukan atau fasiliti yang jelas. Penaja utama dikatakan ialah Cainam Ventures dari New York, menyebabkan ramai mengaitkan situasi ini dengan kontroversi projek kripto (CryptoDATA) dalam MotoGP sebelum ini.
Lebih merumitkan, tiada Ducati Panigale V4R 2026 tersedia. Iannone terlepas tarikh tempahan dan bayaran, memaksa pasukannya menyewa jentera ujian Ducati sehingga motosikal sebenar hanya akan siap selepas Mac.
Walaupun Ducati sendiri sebelum ini menyifatkan peluangnya “sangat tipis”, Iannone tetap berada dalam senarai pelumba 2026 iaitu tanpa pasukan lengkap, tanpa motosikal, dan dengan risiko kewangan besar.
Cainam Racing kini hanyalah sebuah janji yang berani, berisiko, sama seperti Iannone sendiri. Jika berjaya, ini akan menjadi salah satu kebangkitan solo terbesar dalam sejarah sukan permotoran. Jika gagal… ia mungkin menjadi satu lagi projek spektakular yang berakhir dengan keruntuhan.
Apa pun kesudahannya, satu perkara pasti: WSBK 2026 tidak akan sunyi. Dan “The Maniac” kembali untuk menulis bab terakhir yang penuh drama dan berani.
The post Ianonne Bersaing di WorldSBK dengan pasukan sendiri tapi… appeared first on TW Media.

