Ibadah Boleh Jadi Tak Sah! Rupanya Ada 3 Jenis Solat Makmum Tak Boleh Ikut Imam [Video]

19 Jan 2026 • 3:29 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Agama Islam amat menggalakkan umatnya untuk mendirikan solat secara berjemaah tidak kira sama ada di masjid mahupun di rumah.

Hal ini kerana solat berjemaah akan mendapat ganjaran pahala sebanyak 27 kali ganda berbanding solat sendirian.

Bagaimanapun, pastinya masih ada umat Islam yang tidak tahu bahawa tidak semua solat yang boleh dilakukan dengan menjadikan seseorang itu sebagai imam.

3 jenis solat makmum tak boleh ikut imam – SH

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram akaun @gengmkn (Geng Masjid Kampung Nakhoda), terdapat tiga jenis solat yang mana seorang makmum tidak boleh mengikuti imam.

Tiga jenis solat yang dikatakan itu adalah:

  1. Solat gerhana
  2. Solat jenazah
  3. Makmum qasar ikut imam tamam

#1 Solat gerhana

Seorang makmum tidak boleh mengikuti imam yang sedang melakukan solat gerhana matahari atau bulan kerana ibadah terbabit mempunyai tata cara khas iaitu dua rukuk pada setiap rakaat dengan bacaan tertentu.

Imam al-Nawawi menegaskan solat gerhana adalah ibadah berdiri sendiri dan setiap orang mesti menunaikannya dengan betul agar sah.

#2 Solat Jenazah

Seseorang makmum yang ingin melakukan solat fardu tidak boleh mengikuti imam yang sedang melakukan solat jenazah.

Hal ini kerana ibadah tersebut tidak memiliki rukuk dan sujud seperti solat yang lain. Solat jenazah hanya melibatkan posisi berdiri, mengangkat dan membaca takbir dan memberi salam pada akhir solat.

Bagaimanapun, tidak menjadi masalah sekiranya solat jenazah ingin dilakukan secara berjemaah mahupun sendirian.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah menyatakan bahawa hukum mendirikan solat jenazah secara seorang diri adalah harus dan sah. Meskipun begitu, yang lebih afdhal menepati sunnah adalah solat jenazah itu dilakukan secara berjemaah berdasarkan beberapa hadis yang telah kami kongsikan di atas.

#3 Makmum qasar ikut imam tamam

Bagi yang sedang bermusafir, solat qasar membolehkan rakaat dipendekkan, sebagai contoh, solat fardu Asar dari empat rakaat menjadi dua rakaat. Namun jika makmum qasar mengikuti imam yang sedang solat penuh (tamam), maka hukumnya adalah tidak sah.

Hal ini kerana jumlah rakaat yang berbeza, makmum qasar hanya boleh mengikuti imam yang juga qasar atau imam dengan jumlah rakaat sama.

Menurut pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus dalam satu sesi soal jawab agama di sebuah masjid sebelum ini, jumlah rakaat makmum mestilah tidak lebih pendek daripada imam.

Selain daripada tiga jenis ini, semua solat lain membolehkan makmum mengikut imam, sama ada fardhu atau sunat, selagi gerakan dan rukun selari.

View this post on Instagram

A post shared by Geng MKN (@gengmkn)