Ibu Alif Aziz Minta Netizen Henti Hina Ibu Bapa & Mentua Yang Sudah Meninggal Dunia

Entertainment
20 Mar 2024 • 10:13 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berasa terkesan dengan kontroversi menimpa anaknya, ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil semalam telah memohon netizen untuk menghentikan penghinaan yang dilemparkan terhadap ibu bapa dan mentuanya yang sudah meninggal dunia.

Menerusi satu posting di IG, Siti Hafiza meminta agar segala penghinaan itu diletakkan ke atas bahunya dan suami kerana mereka adalah ibu bapa kepada Aliff dan bertanggungjawab sehingga ke liang lahad.

image is not available

Katanya lagi, ramai yang telah menghantar DM kepadanya dengan pelbagai kata-kata baik dan sebaliknya.

Saya dan suami menerima semuanya dengan berlapang dada. Hanya kami memohon pada saudara-saudara se-Islam hentikanlah kata-kata kesat ke atas almarhum orang tua suami saya.

“Ada yang hingga mengkafirkan mereka, memunafikkan orang tua kami, memaki, menghina dan banyak lagi kata-katanya yang kami tidak sampai hati untuk meluahkan di sini. Subhanallah.

“Jika ingin menghina, hinalah kami kerana kami ibu dan ayah dan tanggungjawab kami sehingga ke liang lahad. Kami terima dengan hati yang terbuka dengan izin Allah,” tulisnya.

“Terlalu taksub pada manusia yang belum pasti kebenarannya”

Tambah ibu Aliff lagi, dia juga memohon maaf dan memaafkan mereka yang terlalu taksub pada manusia yang belum pasti kebenarannya.

Yakinlah Allah masih menutup keaiban anda dan jika Allah buka keaiban anda pasti akan merasa apa yang kami rasa. Taksublah hanya kepada Allah pencipta kita,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by S Hafiza Basharahil (@fizaaziz)

Posting tersebut telah menerima pelbagai komen, ada di antaranya tidak bersetuju dengan kenyataan yang dimuat naik Siti Hafiza, namun ada yang meminta agar isu ini tidak dipanjangkan dan biarlah keluarga ini menguruskan masalah mereka sebaiknya.

image is not available

Terdahulu, ibu kepada Aliff telah ‘unfollow’ menantunya, Bella Astillah setelah berlaku keretakan dalam hubungan pasangan itu dan menantunya memfailkan perceraian.

Namun hasil tinjauan, Bella difahamkan masih mengikuti Instagram ibu mentuanya itu.

Apa-apapun kita doakan yang baik-baik sahajalah buat keluarga ini. Tak perlu menambah ‘minyak’ dalam perkara yang sudah panas isunya.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.