Ibu Aliff Aziz harap doa yang baik2 sempena 10 malam terakhir Ramadan

4 Apr 2024 • 3:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Ibu Aliff Aziz harap doa yang baik2

Ibu Aliff Aziz harap doa yang baik2 buat rumah tangga anaknya lebih-lebih lagi sempena 10 malam terakhir di bulan Ramadan ini.

Kita semua patut buat perkara positif

Memetik laporan dari Astro Gempak, Siti Hafiza Basharahil yang hanya meminta doakan yang terbaik buat anak dan menantunya selepas Aliff Aziz enggan menceraikan Bella Astillah.

“Mohon semua mendoakan yang terbaik untuk Aliff, insya-Allah hasil yang dapat juga nanti yang terbaik.

“Sekarang ini kita berada di 10 malam terakhir Ramadan, kita semua patut buat perkara yang positif. Moga-moga semua mendapat kebaikan,” katanya.

image is not available

Ibu Aliff Aziz harap doa yang baik2, tak nak cakap tentang perkara negatif

Dalam pada itu, Hafiza juga tidak memberi sebarang komen berhubung tindakannya berhenti mengikuti akaun Bella Astillah di Instagram dan enggan melayan sebarang komen negatif yang diterima.

“Tiada pilihan. Berkenaan perkara itu tiada apa-apa pun. Kalau boleh saya tidak mahu bercakap tentang yang negatif, saya mahu yang positif sahaja,” tegasnya.

image is not available

Terdahulu, selebriti asal Singapura itu enggan menceraikan isterinya dengan alasan masih sayang dan tidak dapat membuat keputusan dalam masa sehari.

Jelasnya, dia mahu mempertahankan rumah tangga dengan Bella Astillah serta menyedari bahawa setiap orang melakukan kesilapan.

Dia yang hadir ke mahkamah bersama kedua orang tuanya telah diiringi oleh tiga pengawal peribadi dan melantik ibunya sendiri sebagai wakil Jawatankuasa Pendamaian (JKP) bagi melalui proses sulh.

Sumber: Astro Gempak (Asyikin Mayudin)