Bella Astillah Harap Tiada Masalah Selesaikan Kes Cerai

4 Apr 2024 • 12:49 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah telah hadir ke mahkamah bagi sebutan kes cerai dengan suaaminya Aliff Aziz dan berharap tiada masalah timbul.

Menurut laporan mStar, penceraian antara Bella Astillah dan Aliff Aziz akan selesai secara baik.

Bella berkata perbicaraan bakal berlangsung sebentar lagi dan berharap urusannya dipermudahkan.

image is not available

Semoga berjalan lancar, apa-apa pun kita tengok apa yang berlaku. Semoga dipermudahkan dan tidak ada apa-apa masalah.

Penyanyi itu hadir di mahkamah ditemani oleh ibunya, SIti Zarina Astillah dan adik perempuannya, Didi Astillah.

Sementara itu, Aliff Aziz dikatakan berada di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama keluarga namun enggan beri kenyataan.

Namun, bapa Aliff Aziz telah berikan kenyataan ringkas, berharap sebutan kes anak dan menantunya berjalan dengan lancar.

Doakan yang terbaik. Semoga semua berjalan lancar.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata dan ini bukan pertama kali memfailkan kes cerai kerana pernah cerai dan rujuk dalam tempoh edah pada 2019.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved