Ibu Anas, Faizal Tahir meninggal dunia

14 Jan 2024 • 1:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ibu Faizal dan Anas, Muzlipah Aishah Pawanteh, meninggal dunia pada hari ini. - Foto Instagram aanastahirr

KUALA LUMPUR - Ibu kepada komposer dan penyanyi, Faizal Tahir dan penyampai radio Zayan FM, Anas Tahir iaitu Muzlipah Aishah Pawanteh, meninggal dunia pada pagi Ahad.

Beria duka itu dikongsi Faizal dan Anas menerusi media sosial mereka.

“Rehatlah dan tenanglah di negeri abadi mama, cinta hati pertama saya.

“Mama dah buat yang terbaik untuk kami semua.

Anak-anak masih ada urusan di dunia.

Kami menyusul kemudian. Insya-ALLAH,” tulis Faizal.

Sementara itu, Anas yang turut meluahkan perasaan sedih sempat mengimbas kenangan bersama ibu tercinta.

“Mama.. terima kasih doakan anak mama selama 48 tahun. Terima kasih mama usung anak-anak mama dalam perut sampai bengkak kaki untuk tujuh orang anak termasuk seorang yang mama pernah gugur dulu.

“Sekarang anak-anak mama akan doakan mama pula dengan berbaki usia hidup kami yang menjadi rahsia ALLAH Azzawajalla,” ujarnya.

Solat jenazah dijangka selepas Zuhurr di Masjid Puncak Alam, dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved