Ibu anggap berita Aliff Aziz & Bella Astillah sudah berbaik satu fitnah berat

LocalEntertainment
9 Nov 2024 • 1:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja berita Aliff Aziz dan bekas isterinya, Bella Astillah didakwa sudah berbaik sampai ke telinga ibu kepada penyanyi asal Singapura itu.

Dari mana dapat berita tu?

Menerusi hantaran yang dibuat Siti Hafizah Sheikh Mohamad di Instagram, dia telah menyertakan satu tangkapan layar dakwaan anaknya sudah berbaik dengan bekas isteri.

image is not available

Berita Aliff Aziz dah berbaik dengan bekas isteri tak betul

Menurut Hafizah, dosa menfitnah itu sangat berat dan sangat tidak berbaloi untuk mana-mana individu di akhirat kelak kerana ia hanya menambahkan dosa sahaja.

“Percaya lah bahawa dosa fitnah itu adalah salah satu dosa yg sgt2 berat … sgt tidak berbaloi buat anda di akhirat nanti fikir2 kan lah … wallahualam,” tulisnya.

Ibu maafkan orang yang sebarkan fitnah berita Aliff Aziz

Walau bagaimanapun, ibu kepada Aliff Aziz mengatakan yang mereka memaafkan fitnah tersebut dan mendoakan mereka yang menyebarkan berita itu mendapat rahmah dan baraqah daripaa Allah S.W.T.

image is not available

Kerap kongsi fake news di IG tentang anak

Melihat hantaran-hantaran lain di Instagramnya, Hafizah banyak memuat naik perkongsian berkenaan berita-berita yang tidak sahih tentang anak sulungnya serta sentiasa bersangka baik dengan memaafkan setiap perkara tidak betul tersebut.

image is not available

Sentiasa maafkan penfitnah

image is not available

Sekadar info, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah sah bercerai talak satu pada Jun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Kontroversi melibatkan mereka telah menghiasi hampir setengah tahun ini susulan pendedahan beberapa kecurangan yang didakwa terjadi dalam rumah tangga mereka.

Dalam pada itu, nama ibu Aliff Aziz turut terheret sama sehingga menerima kecaman daripada netizen susulan perkongsian demi perkongsian di Instagram sewaktu isu melibatkan anak serta bekas menantu ‘memanas’ di media sosial.

Sumber: Instagram fizaaziz