Ada Individu Dakwa Aliff Aziz & Bella Astillah Bakal Rujuk? Ini Respons Ibu Aliff Aziz - “Terima Kasih Di Atas…”

9 Nov 2024 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Hafizah tampil bersuara susulan ada portal berita yang mendakwa anaknya sudah kembali berbaik dengan bekas isteri, aktres dan penyanyi, Bella Astillah.

Ibu Aliff kata itu fitnah

Menerusi hantaran di Instagram, Hafizah menafikan dakwaan bahawa Aliff dan Bella sudah kembali berbaik. 

Begitupun, Fiza atau nama sebenarnya Siti Hafiza Basharahil memaafkan semua pihak yang membuat fitnah tersebut. 

“Alhamdulillah, terima kasih di atas fitnah ini. Kami maafkan. Semoga anda sentiasa dalam rahmah dan baraqah Allah.

“Percaya bahawa dosa fitnah itu salah satu dosa yang sangat-sangat berat. Sangat tidak berbaloi buat anda di dunia dan akhirat nanti,” tulisnya. 


Sekadar info, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan sah bercerai buat kali kedua pada 13 Jun tahun lalu.

Sebelum ini, mereka pernah berpisah pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mojamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.