Ibu bapa buat persiapan akhir, sesi persekolahan bermula esok (FOTO ESEI)

LocalFamily & Parenting
16 Feb 2025 • 3:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Menjelang pembukaan sesi persekolahan 2025/2026, ibu bapa mula sibuk membeli kelengkapan buat anak-anak mereka.

Ada yang membuat persiapan sejak awal, malah ada juga ibu bapa yang baru berkesempatan untuk membeli kelengkapan baharu seperti pakaian seragam, alat tulis, beg dan buku.

Selain itu, ibu bapa juga membawa anak mereka memotong rambut supaya kelihatan kemas apabila sesi persekolahan bermula.

Sesi persekolahan di semua sekolah di Kedah, Terengganu dan Kelantan (kumpulan A) bermula hari ini sementara negeri-negeri lain termasuk Selangor (kumpulan B) bermula esok.

Jurufoto REMY ARIFIN merakam situasi di pasar raya dan kedai-kedai menjual pakaian serta perkakas sekolah sekitar Shah Alam serta Subang Jaya yang menjadi tumpuan pada 11 Februari 2025.

image is not available
Mohd Nur Irfan Muhd Luqman, 13, (baju merah) termasuk beberapa kanak-kanak lain memilih alat tulis menjelang sesi persekolahan 2025/2026 yang akan dibuka tidak lama lagi ketika tinjauan di Pustaka Rakyat, Seksyen 7, Shah Alam

image is not available
Azizah A Rahman, 37, dan suaminya memilih buku pelajaran untuk anak mereka, Syadrina Aleesya Mohd Syukran, 9 ketika tinjauan di Pustaka Rakyat, Seksyen 7, Shah Alam

image is not available
Gelagat Nurjannah Faqihah Ahmad Faiz, 7, ketika ibunya mencuba baju sukan sambil diperhatikan abangnya ketika ditemui di kedai pakaian persekolahan sekitar Shah Alam

image is not available
Ibu Farhash Hazil, 7, mencuba pakaian seragam untuk anaknya yang bakal memasuki darjah satu sambil dibantu pekerja pusat beli-belah Mydin, Subang Jaya.

image is not available
S Shanti, 33, mencuba pakaian sukan untuk anaknya ketika tinjauan di pusat beli-belah Mydin, Subang Jaya

image is not available
Ali Imran, 7, ditemani ibunya mencuba songkok yang dijual dengan harga berpatutan di pusat beli-belah Mydin, Subang Jaya