“Ibu Bapa Dia Kena Ganti” – Budak Lelaki Cakar Kasut ‘Display’ Sampai Bercalar Undang Perhatian

LocalFamily & Parenting
19 Mar 2025 • 1:53 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Apabila ibu bapa membawa anak keluar ke pusat beli belah atau kedai, segala tindak-tanduk mereka haruslah dipantau dan diperhatikan.

Namun kadangkala, ibu bapa mungkin sedikit terleka sehingga tidak perasan apabila anak-anak melakukan sebarang kerosakan ke atas barangan.

Lebih perit lagi apabila barangan tersebut mahal harganya dan terpaksa ditanggung oleh penjual jika kerosakan hanya disedari kemudian.

Kanak-Kanak Calarkan Kasut Kulit Clarks Guna Kuku

Baru-baru ini, tular di TikTok (@syuhad4.j) video rakaman CCTV yang menyaksikan seorang kanak-kanak lelaki sedang berada di bahagian rak kasut dipercayai di sebuah butik di Penang Design Village Outlet Mall, Pulau Pinang.

Apa yang menarik perhatian adalah tindakan kanak-kanak tersebut yang dilihat sedang mencakar kasut display yang terdapat pada rak menggunakan kukunya.

Menurut wanita yang bertugas di sana, Nurul Syuhada, kasut kulit teruk dicakar sehingga bercalar-balar.

“Tolong perhatikan anak-anak kecil, walaupun budak ni tak kecil mana. Kita masih boleh tegur mereka untuk bertingkah laku baik. Sebab kita dalam pusat beli-belah, barang yang kita jual bukan untuk anak-anak main,” katanya.

Syuhada berkata kasut kulit itu adalah berjenama Clarks dengan harga asal RM439. Namun ia dijual pada harga diskaun RM299 di premis outlet tersebut.

@syuhad4.j

Cakar kasut kulit pakai kuku sampai bercalar balar kasut kita. Memang boleh polish dan akan hilang, tapi bukan senang kita nak pujuk customer untuk beli. Guys please aware dengan anak2 kecik walaupun budak ni tak kecik mana, kita still boleh tegur anak2 untuk behave. Sebab kita dalam shopping mall, barang yang kita jual bukan mainan untuk anak2 main. Kalau nak main, mungkin boleh pi dekat playground 😊 Kalau nak tengok “art” yang budak ni buat dekat kasut kami, boleh tengok story tt saya. Terima kasih.

♬ original sound – Nurul Syuhada – Nurul Syuhada

Tonton video penuh [DI SINI].

Kasut Kulit Boleh Dikilat Semula Namun Masih Terdapat Kesan Rosak

Tambah wanita itu, kasut kulit yang bercalar boleh dikilat semula bagi menghilangkan kesan calar. Namun tidak senang untuk memujuk pelanggan membelinya memandangkan akan masih ternampak kesan rosak pada kasut kulit itu.

Dia telah berkongsi kesan calar pada kasut Clarks terbabit yang memang kelihatan amat teruk. Walaupun telah dikilatkan, masih ternampak kesan calar tersebut di sesetengah bahagian.

Difahamkan kerosakan pada kasut kulit berkenaan hanya disedari kemudian setelah kanak-kanak itu pulang.

image is not available
Sumber gambar: @syuhad4.j/ TikTok

Orang Ramai Minta Ibu Bapa Bayar Ganti Rugi

Melihat keadaan itu, orang ramai merasa geram dan meminta agar ibu bapa kanak-kanak tersebut agar bertanggungjawab dan membuat pembayaran ganti rugi.

Seorang pengguna media sosial pula berpendapat kanak-kanak terbabit memerhatikan keadaan sekeliling terlebih dahulu sebelum melakukan kerosakan itu.

Ramai juga yang berkata dia bukanlah seorang budak kecil lagi dan sepatutnya telah dididik oleh ibu bapa agar tidak melakukan perkara sedemikian.

Dalam masa sama, seorang individu berkata jika dia menjadi pelanggan pun, pasti dia akan berat hati untuk membeli kasut kulit tersebut.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: @syuhad4.j/ TikTok

Calar Pada Kasut Kulit Boleh Dirawat Dengan Kaedah Tertentu

Sesetengah orang memilih untuk membeli kasut kulit walaupun pada harga yang mahal memandangkan kualitinya lebih tinggi dan boleh tahan lama.

Namun lama kelamaan, pasti akan terdapat kesan calar pada kasut tersebut sama ada terjadi secara sengaja mahupun tidak.

Tetapi jangan risau, kesan rosak ini boleh dihilangkan menerusi kaedah tertentu mengikut kedalaman calar tersebut.

Bagi calar yang tidak terlalu dalam, kesan calar boleh dirawat menggunakan kain yang dilembapkan dengan sedikit minyak sayuran.

Namun calar yang lebih dalam perlu dirawat menggunakan minyak yang dikenali sebagai lanolin. Boleh juga gunakan cuka putih sebagai alternatif untuk menyembunyikan kesan calar.

Source: