Ibu Bapa Dikecam, Selamba Bagi Anak Kecil Main Mercun

Entertainment
8 Feb 2023 • 11:03 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Minggu lalu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming ada memaklumkan bahawa aktiviti pembakaran serta penjualan bunga api dan mercun dalam negara akan dibenarkan tidak lama lagi, tertakluk kepada peraturan dan garis panduan baharu yang akan dikeluarkan.

Kenyataan tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen dan ada di antaranya tidak bersetuju dengan perkara tersebut kerana ia mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.

image is not available

“Inilah akibatnye benda yang haram nak dihalalkan”

Menerusi perkongsian di Twitter, seorang individu telah memuat naik video dan foto seorang kanak-kanak perempuan cedera di lengan akibat bermain mercun di balkoni rumah mereka sambil ditemani oleh ibu bapanya.

Menurut tweet tersebut, tindakan kerajaan membenarkan penjualan mercun dan bunga api dipersalahkan dan dikatakan menjadi punca kepada berlakunya kejadian berkenaan.

image is not available

image is not available

image is not available

“Ini basic parenting, kenapa biarkan anak umur 3-4 tahun pegang mercun macam itu?”

Tweet individu berkenaan walau bagaimanapun telah mendapat kecaman daripada netizen yang mana rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan ibu bapa di dalam video itu yang membenarkan anak kecil mereka bermain mercun.

Malah ada yang mengatakan individu itu tidak wajar menyalahkan kerajaan kerana ini jelas-jelas berpunca daripada kelalaian ibu bapa.

image is not available

Bagi admin, apa-apapun perkara macam ni perlukan undang-undang yang ketat supaya tak berlaku perkara yang tak diingini seperti dalam tweet di atas tu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.