
SANDAKAN: Ibu bapa perlu terus memantau penggunaan media sosial anak-anak bawah umur.
Ahli Dewan Negara, Senator Anna Bell @ Suzieana Perian berkata, hal itu penting agar mereka mengetahui aktiviti semasa anak masing-masing dan tidak terjebak dengan apa-apa perlakuan tidak elok.
Advertisement“Dalam masa sama, kita juga menyambut baik keputusan kerajaan untuk menutup media sosial kanak-kanak berusia 13 tahun ke bawah untuk kebaikan mereka,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus menyempurnakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Prasekolah (HAKPRA) Sesi 2024-2025 SK Sungai Kayu, Sandakan di Ballroom Sabah Hotel, di sini, pada Isnin.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Hadir sama, Guru Besar SK Sungai Kayu, Awang Damit Ayob.
Pada majlis itu, seramai 32 kanak-kanak sekolah itu menerima sijil tamat prasekolah dan kecemerlangan masing-masing.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Anna Bell memuji kombinasi dan penglibatan ibu bapa yang aktif membantu guru dalam memastikan kecemerlangan anak-anak di prasekolah itu.
Dalam perkembangan lain, Anna Bell berkata, menerusi persidangan Dewan Negara, kerajaan dilihat sangat memandang serius perlakuan buli.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau juga menasihati ibu bapa serta pihak sekolah terus berganding bahu dalam memastikan kegiatan buli di sekolah tidak berlaku, kerana ia memberi kesan buruk kepada mangsa.
Dalam pada itu, Awang berkata, pihaknya bersama guru dan ibu bapa komited untuk memastikan tiada gejala buli di sekolah itu.
Katanya, pemantauan dibuat di sekolah oleh pihak guru manakala di luar sekolah oleh ibu bapa dan penjaga masing-masing.
Berkenaan HAKPRA, Awang merakam penghargaan kepada semua terlibat menjayakan acara berkenaan serta komitmen mereka sepanjang anak mereka belajar di pra sekolah SK Sungai Kayu, Sandakan.



