Isa Isarb kini bergelar bapa, yakin anak mampu jadi tokoh hebat seperti Tun Mahathir

LocalEntertainment
7 Jan 2025 • 10:07 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh dan YouTuber, Isa Isarb kini bergelar bapa apabila memaklumkan isterinya, Lisa Nosra selamat melahirkan anak cahaya mata pada petang Isnin.

Maklum Isa atau nama sebenarnya Isa Batharul Zaman di media sosial, kelahiran anaknya itu bakal membawa satu harapan dan impian besar bagi mencorak masa depan negara seperti tokoh-tokoh terkemuka.

“Pada tanggap 6 Januari 2025, jam 4.35 petang, seorang anak telah dilahirkan, membawa harapan dan impian besar ke dunia ini.
“Tepat 100 tahun yang lalu, pada 1925, lahir seorang tokoh bernama Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengubah landskap Malaysia.
“Beliau membawa negara ini keluar dari ketinggalan, membina hospital, lapangan terbang dan memacu pembangunan hingga menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati,”tulisnya.

image is not available

Isa Isarb kini bergelar bapa

Tambah pempengaruh berusia 26 tahun, dia yakin anaknya akan melangkaui sempadan negara, sekali gus membawa perubahan kepada tamadun manusia.

“Bukan sahaja membangunkan teknologi atau infrastruktur, tetapi mengubah paradigma manusia — daripada mementingkan diri kepada semangat beramal.
“Dia akan membawa cahaya kebaikan, melangkaui bangsa, agama dan warna kulit, menyatukan masyarakat dunia dengan nilai kemanusiaan sejati. InsyaAllah,”nukilnya lagi dalam sebuah hantaran berserta foto tangan bayinya.

image is not available

Terdahulu, Isa Isarb memuat naik video berkongsi berita kehamilan isterinya selepas tujuh hari mereka bernikah. Bagaimanapun, Lisa alami keguguran selepas beberapa hari mengumumkan berita baik tersebut kepada orang ramai.

image is not available

Pada September lalu, Isa sekali lagi mengumumkan kehamilan isterinya buat kali kedua dan menganggap kehadiran cahaya matanya pada kali ini telah memberi sinar baharu dalam kehidupannya.

Untuk rekod, Isa dan Lisa telah mendirikan rumah tangga pada 10 Mac lalu.

Sumber: TikTok isaisarbofficial