Ibu bapa dipelawa mohon bantuan anak OKU mulai Isnin depan

10 May 2023 • 12:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 10 MEI: Ibu bapa yang mempunyai anak kelainan upaya (OKU) berusia 18 tahun ke bawah dipelawa memohon bantuan khas Anak Istimewa Selangor (ANIS).

Permohonan bantuan makanan atau keperluan tambahan, pembelian atau pembaikan peralatan serta mesin dan ubatan-ubatan dibuka mulai Isnin depan hingga 26 Mei.

Turut ditawar subsidi yuran pendidikan meliputi terapi atau kelas khas kepada mereka yang layak berdasarkan preskripsi doktor sahaja.

Insentif tersebut menawarkan bantuan sekali bayar (one-off) dengan had maksimum sehingga RM5,000 bagi satu keluarga.

Permohonan perlu dibuat di pautan http://www.anisselangor.com dan hendaklah dicetak serta dihantar bersama dokumen sokongan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan.

Tarikh akhir penghantaran borang permohonan pada 5.30 petang 30 Mei (Selasa) di Ibu Pejabat Yayasan Warisan Warisan Anak Selangor (Yawas).

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved