
Sejak belakangan ini, negara kita dilanda cuaca yang sangat panas dan kering sehingga menyebabkan berlakunya strok haba.
Strok haba telah menyebabkan beberapa kes kematian berlaku terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
Tidak dinafikan, cuaca panas ini juga membuatkan ramai ibu bapa bimbang jika anak-anak terdedah kepada matahari apabila berada luar rumah, khususnya di kawasan sekolah.
Baru-baru ini, seorang ibu memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok, meluahkan rasa terkilan dengan tindakan guru sekolah yang mendenda anaknya berdiri di tengah panas.
@dvafella Dalam pada pihak KPM mengambil langkah berjaga² pada musim panas ni..anak aku selamba je ustazah denda JEMUR tengah cuaca panas atas alasan anak aku lambat ke sekolah. Dah la di pulaukan diasingkan berdiri jauh dari perhimpunan pelajar² lain disidainya anak aku sorang² bawah panas terik jam 2petang sedangkan ustazah tu pandai pulak berteduh bawah koridor. Makan hati jugak aku yang tengok anak aku baru berusia 7tahun darjah 1 kena DENDA macam tu terkontang kanting sorang² diBAWAH panas terik. DiMALUKAN DiPULAUkan dari masuk barisan perhimpunan sekolah. Tidak dibenarkan masuk barisan perhimpunan akibat lambat 10minit. Waktu pembelajaran masih belum bermula..semua pelajar belum lagi masuk ke bilik darjah. Masih lagi dalam perhimpunan. Agak² la kalau nak denda pun, tempat teduh ada kenapa ko JEMUR anak aku tengah panas terikk! Apa la bodoh sangat pemikiran..akal ada tak guna ke? Musim panas kematian akibat strok haba pun dah banyak kes sekarang. Kalau buatnya anak aku rebah time tu ko nk bertanggungjawab ke? Lepas tangan je alih² mak bapak jugak kena hadap. Maaf ya aku dah tak boleh sabar tengok anak aku kena denda macam tu. Depan² mata aku pulak kena sidai tengah panas macam tu, kat rumah aku on aircond 24jam ko pandai² sidai anak aku tengah PANAS. Risaunya dgn kes stroke haba sekarang. Anak aku lambat bukan sengaja² aku nak hantar lambat, anak aku lambat bersebab. Aku bukan ibu yang bodoh yang tak tahu peraturan sekolah. Takkan lambat 10minit menyebabkan anak dah tak boleh hadir ke sekolah terus pada hari itu. Jadi warga pendidik ni kena peka..kena bijak kena ada jiwa. Pandang budak tu macam anak ko sendiri, budak tu baru darjah 1 kot. Baru nak belajar kenal alam persekolahan yg sebenar. Banyak cara lagi ko boleh denda kenapa cara bodoh jugak ko pilih? Salah ke kalau ko denda bawah tempat teduh macam ko berteduh bawah koridor?? Ko pandai cari tempat teduh nak berucap. #sekolahagamasesipetang #Pejabatpendidikanagamajohor #kementerianpendidikanmalaysia #pejabatagamanegerijohor @Fadhlina Sidek @KPM
Menurut ibu tersebut, semuanya berpunca selepas anaknya yang berusia tujuh tahun dikatakan datang lewat 10 minit ke sekolah sekitar jam 2 petang.
“Dalam pada pihak KPM mengambil langkah berjaga-jaga pada musim panas ni, anak aku selamba je ustazah denda jemur tengah cuaca panas atas alasan anak aku lambat ke sekolah.
“Dah la dipulaukan diasingkan berdiri jauh dari perhimpunan pelajar-pelajar lain, disidainya anak aku sorang-sorang bawah panas terik jam 2 petang,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tambahnya lagi, dia berpendapat hukuman denda yang diberikan oleh guru sekolah di situ agak keterlaluan apatah lagi Malaysia sedang berdepan cuaca panas.
“Salah ke kalau denda bawah tempat teduh,” luahnya.
Ditanya mengapa tidak masuk campur, ibu tersebut menjawab enggan mengganggu sesi perhimpunan yang sedang berlangsung ketika itu.
Video yang dikongsikan itu telah menerima lebih 1.6 juta tontonan dalam masa sehari. Rata-rata netizen berpendapat tindakan denda di tengah panas itu amatlah tidak wajar lebih-lebih lagi dikenakan kepada pelajar Tahun 1.

Difahamkan, kejadian tersebut telah berlaku beberapa hari lepas, dan telah dimaklumkan oleh guru besar sekolah terbabit untuk berhubung dengan waris pelajar selepas video terbabit tular.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



