
SANDAKAN: Ibu bapa disaran mendapatkan imunisasi tambahan campak dan rubella (MR SIA) bagi anak-anak berusia enam hingga 59 bulan.
Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan, Dr Maini Sabait, berkata, ini penting dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak seperti demam campak dan yang berkaitan.
Katanya, ibu bapa boleh mendapatkan imunisasi untuk anak mereka di mana-mana klinik kesihatan di kawasan berdekatan mereka.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Beliau berkata demikian sejurus melancarkan Kempen Imunisasi MR SIA Kebangsaan Peringkat Daerah Sandakan di Klinik Ibu dan Anak, Jabatan Pesakit Luar (JPL) Klinik Kesihatan Sandakan (KKS), di sini, pada Isnin.
Hadir sama, Pegawai Klinik Kesihatan Sandakan, Dr Suhashini Sivasegaran dan penceramah, Dr Ernah Daming serta ibu bapa.
Jelas Dr Maini, kempen serentak di seluruh negara itu dilaksanakan bermula Isnin sehingga 12 Oktober ini.
Untuk rekod, tahun lepas, Sandakan mencatatkan 189 kes demam campak. Manakala Sabah mencatatkan 1,876 kes dengan tiga kematian berkaitan demam campak.


