
SANDAKAN: Ketika sesi persekolahan baharu bermula hari ini, ibu bapa bukan sahaja berdepan dengan peningkatan kos kelengkapan sekolah, tetapi juga perlu bersedia untuk cabaran tambahan dalam menyesuaikan rutin sekolah dengan ketibaan Ramadan.
Bagi kebanyakan keluarga, perbelanjaan kembali ke sekolah tmenjadi beban kewangan yang ketara.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Irniwiti Rahammah, 40, dan suaminya memperuntukkan antara RM600 hingga RM700 bagi setiap dua anak mereka yang berusia 17 dan 15 tahun untuk membeli keperluan sekolah.
Bagaimanapun, katanya, hanya RM150 dibelanjakan untuk barangan berkaitan sekolah seperti buku latihan dan alat tulis, manakala sebahagian besar bajet mereka digunakan untuk membeli pakaian seragam, kasut, dan beg sekolah.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Dengan harga yang semakin meningkat, kami sentiasa mencari kedai yang menawarkan promosi. Perbezaannya boleh mencecah sehingga 50 peratus berbanding harga biasa tanpa diskaun,” katanya.
Irniwiti, yang anak sulungnya bersekolah di asrama di Sandakan, turut memperuntukkan tambahan RM400 setiap bulan untuk perbelanjaan harian mereka, termasuk makanan dan keperluan peribadi. Walaupun Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sedikit melegakan, katanta, sebahagian besarnya digunakan untuk duit belanja harian ke sekolah dan buku rujukan.
AdvertisementBegitu juga dengan Deasy Faruh, 36, dan suami membelanjakan kira-kira RM1,500 untuk persediaan persekolahan tiga anak mereka, dengan RM1,000 diperuntukkan bagi kelengkapan sekolah dan pakaian seragam, manakala RM500 untuk membayar yuran sekolah.
Bagi menguruskan perbelanjaan, dia memilih untuk membeli awal bagi mengelakkan kenaikan harga saat akhir serta kesesakan di pusat beli-belah.
Advertisement“Terdapat peningkatan harga barangan keperluan sekolah berbanding tahun sebelumnya,” katanya, sambil menambah, dia bersyukur dengan bantuan BAP yang sedikit sebanyak meringankan beban kewangan mereka.
Tiga anaknya yang akan memasuki Tingkatan 5, Tingkatan 2, dan Tahun 6 juga mengikuti kelas tuisyen, yang menelan belanja tambahan sebanyak RM550 sebulan. Bagi Rahim Harun, 35, musim kembali ke sekolah lebih mencabar dari segi kewangan kerana anak bongsunya masih di tadika dan tidak layak menerima BAP.
Bapa kepada dua anak itu memperuntukkan RM1,000 untuk perbelanjaan sekolah, dengan sebahagian besar diperuntukkan untuk yuran tadika anak bongsunya, manakala perbelanjaan anak sulungnya lebih tertumpu pada pakaian seragam, beg sekolah, dan alat tulis.
“Hanya anak sulung saya yang layak menerima BAP, yang membantu menampung yuran tuisyen. Tetapi tahun ini lebih mencabar kerana sesi persekolahan bermula serentak dengan Ramadan, jadi kami berjimat dengan menggunakan semula apa sahaja yang boleh, terutama pakaian seragam dan kasut,” katanya.
Dengan tahun akademik baharu yang bertepatan dengan bulan puasa, ibu bapa bukan sahaja perlu mengurus kewangan mereka tetapi juga mempersiapkan anak-anak untuk menyeimbangkan antara persekolahan dan tanggungjawab agama sepanjang Ramadan.


