
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say Shazril berpendapat me time atau masa untuk diri sendiri amat diperlukan bagi mereka yang bergelar ibu bapa.
Membuka topik ibu bapa layak berehat, Dr Say menerangkan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Dr Say, masih ramai tidak memahami kepentingan keperluan masa untuk diri sendiri dan perkara itu yang sebenarnya mempunyai implikasi besar terhadap kesejahteraan mental individu.
“Semalam saya buat story mengatakan kadang kadang ibu dan bapa perlukan ‘me/ we time’. Sebanyak 1733 undian bersamaan 91% undi setuju.
“Sebab saya teringat satu ketika dulu @dianadanielleb pernah dipersoal netizen seperti gambar kedua.
“Masa saya baca berita tu pada Julai terduduk saya dibuatnya sebab tak sangka masih ada yang berfikiran sebegitu.
“Tak tahulah ampa interpret as if dia tanya dengan nada biasa, tapi saya sebagai parents baca dengan nada sepertimana soalan yang diajukan Diana.
“Ibarat mak ayah tak boleh bersuka ria tanpa anak-anak. Di tambah ada pengikut hantar mesej gambar ketiga lepas saya buat story semalam, terduduk kuasa dua saya dibuatnya.
“Sebagai seorang bapa kepada dua anak lelaki yang mana salah seorangnya autistik, tipu besar kalau saya cakap tak penat.
“Yang saya tunjuk dekat sosial media semestinya yang indah belaka tapi ada masanya saya rasa letih, rasa ulang rutin yang sama tiap tiap hari.
“Rasa tertekan sebab jaga anak ni adalah tanggungjawab 24/7. Saya enjoy masa saya dengan anak-anak, sejujurnya.
“Tetapi saya rasa adakala masanya kita memerlukan waktu berehat. Mungkin ada yang tak bersetuiu dengan tapi saya tak salahkan kalian.
“Sebab setiap manusia hidup dalam kasut yang berbeza. Saya pun satu ketika dulu pernah pandang slack parents yang anak-anaknya tidur dengan maid.
“Tapi bila saya fahami betapa stressnya kehidupan zaman ni, saya mula berfikiran terbuka,” jelasnya.


