
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Setiap anggota badan yang dikurniakan Allah SWT mempunyai fungsi dan kepentingannya tersendiri.
Mata contohnya membantu seseorang untuk melihat dan mempelajari tentang dunia sekeliling. Bayangkan jika penglihatan terganggu, pastinya boleh menjejaskan gaya hidup mereka.
Bila sebut tentang mata, sebagai ibu bapa, korang perasan tak ada yang serba tak kena pada mata anak korang khususnya mengalami kesukaran, mata kelihatan kecil ketika melihat atau hanya sebelah mata yang kelihatan jelas?
Mungkin anak korang sebenarnya sedang mengalami keadaan yang dipanggil lazy eye atau mata malas.
Apa Itu Mata Malas?
Menerusi perkongsian video oleh doktor perubatan yang juga pempengaruh, Dr Malar Santhi, dia ada mendapatkan penjelasan pakar tentang lazy eye yang kebiasaannya berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
Menurut Pakar Mata Kanak-Kanak dan Juling dari Pusat Perubatan Ara Damasara, Dr Norazah Abdul Rahman, lazy eye atau juga dikenali sebagai amblyopia merupakan satu keadaan di mana sebelah mata tidak dapat melihat dengan jelas.
“Ia merupakan permasalahan daripada mata atau otak kanak-kanak itu sendiri,” katanya.
Punca Kanak-Kanak Dapat Lazy Eye
Jelasnya, mata malas ini boleh berlaku dalam keadaan mata si kecil nampak normal ataupun juling.
“Dua-dua pun memang ada risiko untuk mendapat lazy eye,” katanya.
Terang Dr Norazah, antara punca kanak-kanak itu mendapat lazy eye adalah rabun yang tinggi dan mata mempunyai power (kuasa) yang berbeza.
“Lazy eye ini, salah satu daripada puncanya adalah rabun yang tinggi. Jadi seseorang itu jika mempunyai rabun yang tinggi, keselarian matanya masih lagi sama.
“Kedua, jika power mata di antara dua mata itu berbeza. Contohnya, satu mata melihat dengan baik tapi satu mata rabun, tidak nampak dengan baik.
“Anak itu masih lagi bertindak seolah-olah dia normal kerana anak itu akan guna mata yang terang untuk melihat,” terangnya.

Memetik laman Hospital Pantai, punca lain yang boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami sindrom mata malas adalah seperti:
- Strabismus atau juga dikenali sebagai juling. Mata sepatutnya bergerak bersama sebagai sepasang. Namun, jika kanak-kanak mempunyai mata tidak sebaris seperti juling ia boleh menyebabkan lazy eye. Ini kerana otak mungkin mengabaikan input visual dari mata yang juling untuk mengelakkan penglihatan berganda.
- Keadaan mata berstruktur iaitu terdapat sesuatu yang menghalang penglihatan si kecil pada sebelah mata antaranya seperti katarak kongenital dan ptosis (kelopak mata terkulai). Otak akan kurang menerima maklumat visual daripada mata yang terjejas sekaligus menyebabkan perkembangan menjadi tidak sempurna.
Memetik Hello Doktor pula, antara faktor lain yang mungkin menjadi penyebab adalah seperti:
- Genetik
- Golongan kanak-kanak
- Kecederaan pada sebelah mata
- Kekerapan guna sebelah mata
- Kekurangan ambil vitamin A
- Kerabunan
- Glaukoma iaitu masalah kronik di mana tekanan pada mata menyebabkan kerosakan saraf optik.
Lazy Eye Perlu Dirawat Segera, Boleh Kekal Sehingga Dewasa
Jelas Dr Norazah, keadaan lazy eye ini perlu dirawat segera dari awal kerana ia boleh kekal sehingga dewasa.
“Kita kena kejar masa. Lazy eye ini, kita perlu rawat dia secepat mungkin. Selepas sesuatu tahap, (sebagai contoh) pada kanak-kanak berusia 8 tahun ia tidak boleh dirawat lagi dan kesan rawatan itu tidak sebagus sekiranya kita rawat secara awal,” ujarnya.
Pemakaian Cermin Mata & Patching Antara Rawatan Yang Boleh Dibuat Untuk Atasi Masalah Mata Malas
Terangnya lagi, jika ibu bapa mahu membuat rawatan lazy eye, ibu bapa perlu mengenal pasti dan merawat puncanya terlebih dahulu.
“Contohnya jika seseorang itu mempunyai masalah rabun, kita berikan dia cermin mata.
“Setelah berikan cermin mata, kita galakkan dia pakai cermin mata. Kerana kadang-kadang ibu bapa beranggapan anaknya hanya perlu memakai cermin mata ketika di sekolah atau ketika belajar sahaja.
“Penting untuk anak itu supaya matanya dapat melihat dengan jelas, memakai cermin mata setiap masa kecuali tidur dan mandi,” katanya.

Patching Adalah Tutup Mata Yang Rajin
Cara lain yang disarankan adalah dengan melakukan patching treatment iaitu menutup mata yang rajin.
“Kenal pasti mata mana yang malas, kiri atau kanan. Rajinkan mata malas itu dengan cara tutup mata yang rajin.
“Mata yang elok buat patching treatment di mana kita tutup mata itu dan kita paksa mata malas itu untuk bekerja dengan bantuan cermin mata contohnya.
“Secara tak langsung, ini akan membantu otak yang malas itu untuk menajamkan penglihatan mereka,” katanya.
Penggunaan Alat Electronic Ocluder & Ubat Titis Mata Pada Mata Yang Terang Juga Boleh Menjadi Rawatan Rawat Mata Malas
Jelasnya lagi, terdapat rawatan lain yang boleh dilakukan jika si kecil tidak selesa jika matanya ditutup antaranya seperti penggunaan alat electronic ocluder dan ubat titis mata yang mengaburkan penglihatan mata yang terang untuk membantu kanak-kanak melihat dengan baik.
Memetik laman Hospital Pantai, cara lain yang boleh merawat keadaan ini adalah dengan melakukan terapi penglihatan iaitu menerusi latihan dan aktiviti khusus untuk meningkatkan koordinasi serta fokus mata.
Latihan itu boleh melibatkan program berasaskan komputer, teka-teki atau melakukan senaman yang menyeronokkan seperti meletakkan kad titik ke titik dan mewarna dalam garisan.
“Nasihat saya pada ibu bapa yang anak mereka mungkin ada mata malas. Bawa anak itu untuk rawatan susulan.
“Kerana kita nak tahu adakah kita sudah merawat mata malas itu atau mata malas datang semula.
“Kadang-kadang ada keadaan yang kita panggil reverse amblyopia contohnya. Kerana mata malas boleh terjadi semula pada mata yang rajin,” katanya.
“Lazy Eyes” – apa sebenarnya maksudnya ni? 😯 Kenapa ia boleh berlaku pada kanak-kanak, dan siapa yang berisiko? Kalau anak uolls ada masalah ni, jangan panik dulu haa 😌 Dr Norazah, Pakar Mata Kanak-kanak dan Juling akan terangkan kenapa ‘Lazy Eyes’ boleh jadi — dan apa langkah rawatan terbaik 👩⚕️ ✨ Jangan lupa like & share — ramai ibu ayah kena tahu ni! 📞 Untuk maklumat lanjut: 24 Hours Careline: +603 5639 1888 @aradamansaramc #celotehdrmalar#fyp#viral#aradamansaramedicalcentre#eyecheckup#pemeriksaanmata
Tonton video penuh [DI SINI]
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Kena Tahu! Ini Tips Pilih Multivitamin Sesuai Untuk Anak [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Berat Badan Anak Susah Nak Naik? Doktor Ini Kongsi Tips Mudah Naikkan Berat Si Comel [Video]
Source:

