Ibu Bapa Perlu Saling Berkomunikasi Dengan Pengasuh, Elak Anak Tinggal Dalam Kereta

LocalFamily & Parenting
27 Oct 2023 • 4:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sejak belakangan ini, media sering melaporkan insiden mengenai bayi yang tertinggal di dalam kereta.

Kejadian yang menyayat hati itu nyata menarik perhatian dan mengundang simpati daripada banyak pihak terutama kepada keluarga dan mangsa.

Rata-rata memahami situasi yang dihadapi oleh keluarga dan tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya ke atas bahu ibu bapa. Ini kerana tiada ibu bapa yang mahu meninggalkan anak kesayangan mereka di dalam kenderaan dengan sengaja.

Perlu Ada Komunikasi Dua Hala Antara Ibu Bapa Dengan Pengasuh

Berikutan kekerapan kes bayi ditinggalkan dalam kereta, Public Health Malaysia menerusi akaun Facebook miliknya telah berkongsi tips khusus buat ibu bapa bagi mengelakkan daripada kejadian yang sama berulang kembali.

Menerusi hantaran tersebut, ibu bapa dan pengasuh atau kakitangan taska perlu saling berkomunikasi antara satu sama lain bagi mengelakkan kes-kes bayi atau kanak-kanak tertinggal di dalam kereta hingga menyebabkan kematian.

Malah, pihak Public Health turut menyarankan agar pihak pengasuh mengemaskini kehadiran dalam kumpulan Whastapp yang terdiri daripada ibu bapa yang dilihat dapat memudahkan kedua-dua pihak.

“Usaha ini nampak kecil, tetapi boleh mengingatkan ibu bapa sama ada telah hantar anak-anak mereka ke pusat pengasuh,” tulis mereka menerusi hantaran tersebut.

Salam sejahtera parents semua. Kehadiran 26hb 1) Aiman ✅ 2) Aleesya ✅ 3) Fatin ❌ 4) …….. Begitulah contoh wasap…

Posted by Public Health Malaysia on Wednesday, 25 October 2023

Dapat Respon Positif Daripada Pengguna Facebook

Hantaran itu nyata mendapat reaksi positif daripada pengguna di Facebook. Rata-rata mereka bersetuju dengan tips yang dikongsikan oleh pihak Public Health Malaysia.

Malah, ada di antara warganet turut berkongsikan tips lain yang boleh digunakan oleh ibu bapa sebagai langkah mengelakkan anak tertinggal dalam kereta.

Menerusi komen tersebut juga, terdapat warganet yang terdiri daripada pengasuh turut menyatakan bahawa mereka telah lama mempraktikkan cara sedemikian.

Berikut antara respon yang diberikan oleh warganet:

Setuju!

image is not available

Saya Buat Macam Ni Sebagai Pengasuh, Kalau Dah Pukul 9 Pagi Belum Sampai, Mesti Tanya

image is not available

Taska Anak Saya Biasa Kalau Tak Datang, Baru Maklumkan Dalam Grup Whatsapp

image is not available

Saya Pantau Kehadiran Anak Melalui Apps, Setidaknya Sama-Sama Beringat

image is not available

Suami Isteri Kena Call Sesama Mereka, Inisiatif Taska Sebegini Juga Bagus

image is not available

Source: