Ibu Bapa Zayn Rayyan Ditahan Bagi Membantu Siasatan, Disiasat Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

1 Jun 2024 • 10:03 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Masihkah anda ingat dengan kes tentang pembunuhan adik Zayn Rayyan pada Disember tahun lalu? Semalam, ibu bapa kanak-kanak autisme tersebut telah ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan.

image is not available

Memetik laporan Harian Metro, kedua-dua ibu bapa Zayn itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu disyaki membunuh.

Menurut Datuk Hussein Omar Khan iaitu Ketua Polis Selangor, kedua-dua suspek itu ditahan di Puncak Alam pagi semalam.

Penahanan kedua-dua suspek itu difahamkan dilakukan kerana pihak polis telah menemui beberapa petunjuk baru, lapor Malaysia Kini.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Untuk rekod, Zayn Rayyan yang berusia 6 tahun pada ketika kejadian tesebut telah ditemui mati di anak sungai berdekatan rumahnya di Damansara Damai pada awal Disember tahun lalu.

Kanak-kanak itu dipercayai telah dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat.

Penahanan pasangan suami isteri tersebut juga telah mengejutkan orang ramai yang mengikuti perkembangan kes Zayn Rayyan itu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.