Ibu Dakwa Anak Darjah 1 Kena Denda Berjemur Bawah Panas Terik Hanya Kerana Lambat Masuk Sekolah

12 May 2023 • 3:14 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Nak denda boleh tapi tengoklah juga keadaannya wahai cikgu. Ohmedia rasa tak patut seorang pelajar yang baru sahaja darjah 1 kena denda berjemur bawah panas terik selepas banyak kes kanak-kanak kena strok haba ketika ini.

Luahan ini dikongsikan seorang ibu di TikTok di mana terlihat anaknya yang berusia 7 tahun didenda untuk berjemur bawah panas terik jam 2 petang. Denda itu diberikan seorang ustazah sekolah agama itu akibat kesalahan lewat 10 minit.

@dvafella

Dalam pada pihak KPM mengambil langkah berjaga² pada musim panas ni..anak aku selamba je ustazah denda JEMUR tengah cuaca panas atas alasan anak aku lambat ke sekolah. Dah la di pulaukan diasingkan berdiri jauh dari perhimpunan pelajar² lain disidainya anak aku sorang² bawah panas terik jam 2petang sedangkan ustazah tu pandai pulak berteduh bawah koridor. Makan hati jugak aku yang tengok anak aku baru berusia 7tahun darjah 1 kena DENDA macam tu terkontang kanting sorang² diBAWAH panas terik. DiMALUKAN DiPULAUkan dari masuk barisan perhimpunan sekolah. Tidak dibenarkan masuk barisan perhimpunan akibat lambat 10minit. Waktu pembelajaran masih belum bermula..semua pelajar belum lagi masuk ke bilik darjah. Masih lagi dalam perhimpunan. Agak² la kalau nak denda pun, tempat teduh ada kenapa ko JEMUR anak aku tengah panas terikk! Apa la bodoh sangat pemikiran..akal ada tak guna ke? Musim panas kematian akibat strok haba pun dah banyak kes sekarang. Kalau buatnya anak aku rebah time tu ko nk bertanggungjawab ke? Lepas tangan je alih² mak bapak jugak kena hadap. Maaf ya aku dah tak boleh sabar tengok anak aku kena denda macam tu. Depan² mata aku pulak kena sidai tengah panas macam tu, kat rumah aku on aircond 24jam ko pandai² sidai anak aku tengah PANAS. Risaunya dgn kes stroke haba sekarang. Anak aku lambat bukan sengaja² aku nak hantar lambat, anak aku lambat bersebab. Aku bukan ibu yang bodoh yang tak tahu peraturan sekolah. Takkan lambat 10minit menyebabkan anak dah tak boleh hadir ke sekolah terus pada hari itu. Jadi warga pendidik ni kena peka..kena bijak kena ada jiwa. Pandang budak tu macam anak ko sendiri, budak tu baru darjah 1 kot. Baru nak belajar kenal alam persekolahan yg sebenar. Banyak cara lagi ko boleh denda kenapa cara bodoh jugak ko pilih? Salah ke kalau ko denda bawah tempat teduh macam ko berteduh bawah koridor?? Ko pandai cari tempat teduh nak berucap. #sekolahagamasesipetang #Pejabatpendidikanagamajohor #kementerianpendidikanmalaysia #pejabatagamanegerijohor @Fadhlina Sidek @KPM

♬ Lagu Sedih – Muhammad abdul jafar

Bukan niat ingin memanjakan anaknya tetapi hukuman yang dikenakan agak keterlaluan. Ibu kepada pelajar terbabit mendakwa telah melaporkan aduan kepada pihak atasan tetapi sehingga hari ini masih tiada sebarang tindakan diambil.

Ketika kejadian, ibu ini juga hanyak mampu merakam dari luar pagar sekolah kerana tidak mahu masuk ganggu sesi perhimpunan yang sedang berlangsung ketika itu.

Tindakan diambil selepas 4 hari ia berlaku kerana kuasa viral…

image is not available

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.